Skip to content

Cikgu Istiqomah : Kronologi Kes & Perkembangan Terkini

  • Berita

Pernah gempar, ketika seluruh Malaysia sibuk mencari di mana keberadaan Bella atau Mila Shamila Samsusah, pihak polis sebaliknya menjumpai mayat wanita tanpa kepala dalam tong sampah di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

Dan akhirnya kini, identiti mayat tersebut telah dikenal pasti dan dikenali sebagai Cikgu Istiqomah atau Istiqomah Ahmad Rozi.

Cikgu Istiqomah atau Istiqomah Ahmad Rozi adalah mangsa pembunuhan kejam dan mayatnya ditemukan tidak lengkap dalam tong sampah longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

Beliau yang juga seorang guru di Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor mempunyai tiga orang anak yang masing-masing berusia sembilan, enam dan empat tahun.

Kronologi Kes

Berikut adalah kronologi kes Cikgu Istiqomah secara lengkap dari awal kehilangan sehingga perkembangan terkini:

26 Disember 2023

  • Seorang guru dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja di Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor.
  • Telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

27 Disember 2023

  • Suami mangsa, Mohd Yusof Mokhtar, 35 membuat laporan polis berhubung kehilangan isterinya itu.
  • Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan mengenai laporan kehilangan wanita itu yang diterima pada pukul 12.36 tengah malam.
  • Kereta dipandu mangsa ditemukan di parkir sebuah pasar raya dekat Kota Masai, Johor Bahru berhampiran rumahnya, namun kelibat mangsa tidak kelihatan.

28 Disember 2023

  • Suaminya berikhtiar pelbagai cara dalam pencarian isterinya termasuk mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam.
  • Melalui seorang ustaz yang ditemui, beliau memaklumkan isterinya memang mahu pulang tetapi mempunyai halangan seperti ada “seseorang” memegangnya.
  • Berdasarkan rakaman CCTV pasar raya yang menjadi lokasi kereta mangsa ditemui, kelihatan seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu namun kelibat isterinya tidak kelihatan.

31 Disember 2023, 2 petang

  • Polis menjumpai mayat seorang wanita tanpa kepala disumbat dalam plastik dan tong sampah dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
  • Lokasi penemuan mayat adalah di tepi jalan raya dan terletak kira-kira 100 meter dari sebuah rumah kosong.
  • Identiti mayat masih belum diketahui.

6 Januari 2024

  • Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Ashari Abu Samah memaklumkan kepala, kedua-dua nelah tangan dan kaki mangsa telah dipotong.
  • Anggota badan yang hilang tidak ditemukan di kawasan badan mangsa ditemui.

2 Ogos 2024

  • Polis memperoleh keputusan ujian DNA mayat mangsa mendapati ia sepadan dengan ibu kepada Cikgu Istiqomah yang dilaporkan hilang di Pasir Gudang pada 27 Disember 2023 lalu.

5 Ogos 2024

  • Risikan D9 JSJ Melaka dengan kerjasama JSJ Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah membawa kepada penahanan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak.

6 Ogos 2024

  • Mahkhamah Majistret Alor Gajah membenarkan permohonan reman 7 hari terhadap pasangan tersebut.
  • Suspek lelaki dikenal pasti adalah kenalan mangsa ketika belajar di universiti.
  • Siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuaan sebahagian anggota badan dan mangsa iaitu tulang jari dan kepala kira-kira 6 kilometer dari lokasi pertama penemuan mayat mangsa.

12 Ogos 2024

  • Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Ashari Abu Samah sahkan mayat yang ditemukan pada 31 Disember 2023 adalah Istiqomah Ahmad Rozi berumur 33 tahun yang juga seorang guru.
  • Makhamah Majistret Alor Gajah membenarkan permohonan sambung reman terhadap suspek lelaki selama tujuh hari lagi.

Motif Pembunuhan

Setakat ini apa yang diketahui, motif pembunuhan Cikgu Istiqomah berkaitan isu pelaburan Forex.

Menurut suami mangsa, Mohd Yusof Mokhtar, 35, isterinya itu pernah meminjamkan wang sebanyak RM19,400 yang diperoleh daripada pinjaman bank kepada suspek lelaki tersebut pada bulan September tahun lalu.

Menurutnya lagi, suspek ada membuat bayaran ansuran sebanyak RM371 sebulan sehingga Disember sebelum mengajak isterinya itu menambah jumlah pelaburan dalam pasaran pertukaran asing. Namun isterinya menolak.

Tambahnya, isterinya juga ada memakai gelang emas pemberian arwah neneknya dianggarkan bernilai RM40,000 ketika berjumpa dengan suspek, namun barang kemas itu turut lesap dalam kejadian bunuh tersebut.

“Jika sebab duit atau emas sekali pun kenapa sampai sanggup bertindak sekejam itu sehingga menyebabkan tiga anak kami berusia 4, 6 dan 9 tahun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu,” katanya.

Suami dan pihak keluarga mangsa kini hanya menunggu kebenaran pihak polis untuk. menuntut jenazah isterinya di Unit Forensik Hospital Melaka untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

Penangkapan Suspek Pembunuhan Cikgu Istiqomah

Pada 5 Ogos 2024, pihak polis menangkap suspek berusi 37 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Cikgu Istiqomah bagi membantu sisasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek bersama isterinya berusia 36 tahun direman bermula 6 hingga 12 Ogos lalu sebelum isterinya dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.

Makhamah Majistret Alor Gajah, Majistret Dr Teoh Shu Yee membenarkan permohonan sambung reman terhadap suspek lelaki selama tujuh hari lagi.

Semoga keadilan dituntut.

Sumber:

  1. Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah: Mangsa Buat Pinjaman Bank, Beri Suspek RM19,400. Kosmo
  2. Kronologi Kehilangan dan Penahanan Suspek Pembunuhan Cikgu Istiqomah. Bernama

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version