Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Scam Facebook. Cara-cara ini dikumpul daripada beberapa posting yang dikongsikan oleh laman-laman blog.
Difahamkan ramai yang menjadi mangsa apabila duit di dalam akaun bank mereka ditolak beberapa kali dipercayai selepas maklumat di Facebook digodam oleh scammer dan penggodam.
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai taktik baharu yang cuba digunakan oleh scammer untuk mencuri maklumat serta wang orang ramai di dalam akaun bank.
Tanpa diketahui wang dalam akaun bank sudah pun digunakan, hanya SMS pemberitahuan sahaja yang sampai ke nombor telefon.
Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Scam Facebook
Tutup Tetapan Di Facebook Supaya Data Tidak Dicuri Oleh Scammer
Berikutan itu, seorang pengguna TikTok (@dinosdono) yang juga menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini memberi panduan kepada orang ramai untuk menyahaktifkan beberapa tetapan di Facebook supaya tidak menjadi mangsa scammer.
Cara-caranya adalah:
- Klik pada ‘Setting’.
- Cari ‘Media and Contacts’
- Klik pada ‘Device Setting’.
- Cari tetapan ‘Browser’ dan klik ‘Clear Data’.
- Tutup butang tetapan ‘Auto-fill contacts form’ dan ‘Autfo-fill payment forms’.
Cara Untuk Dapatkan Semula Duit Dalam Bank Jika Dicuri Oleh Scammer
Cara-caranya adalah:
- Buat laporan di talian 997.
- Talian 997 amat berguna untuk anda membuat laporan dengan menjelaskan perkara yang terjadi.
- Selepas aduan dibuat, kesemua bank akaun anda akan disekat termasuklah akaun milik scammer bagi mengelakkan lebih banyak wang dicuri.
- Semak MULE CCID
- Semak nombor akaun bank atau nombor telefon meragukan yang menghubungi anda di SEMAKMULE bagi memastikan sama ada pihak tersebut adalah penjenayah atau tidak.
Langkah Penting Untuk Elak Ditipu Oleh Scammer
Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan anda ditipu oleh scammer adalah:
- Berhenti dan berfikir sebelum membuat sebarang tindakan.
- Membuat semakan sama ada mesej yang dihantar adalah daripada individu tidak dikenali.
- Block dan laporkan akaun yang tidak dikenali.
- Menetapkan Two-Step Verification.
- Mendapatkan bantuan komuniti setempat untuk bertanya sekiranya ada perkara yang mencurigakan.
Antara langkah lain untuk elak ditipu scammer
- Jangan jawab panggilan antarabangsa
- Jangan jawab panggilan daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.
- Jangan berikan sebarang maklumat peribadi.
- Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja. Jika pihak tersebut meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut.
- Catat segala maklumat pemanggil
- Catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda dan maklumkan kepada mereka yang anda tidak dapat bercakap pada waktu tersebut dan akan menghubungi mereka semula. Bertenang dan jangan panik.
- Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
- Jangan muat turun aplikasi yang mencurigakan
- Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.
- Pastikan aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat berkenaan, lagi-lagi yang melibatkan kewangan.
- Guna aplikasi untuk mengenal pasti dan menyekat panggilan
- Antara aplikasi yang boleh dimuat turun ialah ‘truecaller’. Selain itu, anda boleh menggunakan laman web scam.my menghimpunkan segala maklumat berkaitan ‘scammer’.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.