Cara tutup akaun Astro tanpa pergi ke kaunter adalah lebih mudah dan lebih jimat masa. Berikut adalah perkongsian maklumat yang boleh digunapakai oleh pelanggan astro yang ingin menamatkan perkhidamatan Astro.
Ada segelintir pengguna yang mengatakan jika tidak menamatkan servis Astro dengan cara yang betul, bil bulanan akan tetap dihantar walaupun telah berhenti melanggan akaun Astro Malaysia.
Terdapat dua cara untuk menamatkan akaun Astro tanpa pergi ke kaunter.
Cara Pertama: Menamatkan Akaun Melalui Panggilan ke Customer Service Center
Cara paling pantas dan mudah adalah membuat sendiri panggilan ke Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.
- Dail nombor ini 03-9543-3838
- Setelah berjaya bercakap dengan operator, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
- Semak baki bayaran bil ASTRO anda
- Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya
- Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
- Jelaskan baki bil anda (jika ada)
- Maklumkan kepada pihak operator hasrat anda untuk menamatkan langganan akaun
- Selepas itu tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan
- Sekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO semula untuk semakan semula status
Cara Kedua: Menamatkan Akaun ASTRO Melalui Emel
Penamatan langgan Astro juga boleh dibuat melalui emel. Anda tak perlu risau kerana ia amat mudah akan tetapi haruslah kemas dan bersifat professional. Sebelum menghantar emel, pastikan segala butiran-butiran penting seperti berikut ada dalam isi kandungan emel:
- Alamat emel: wecare@astro.com.my
- Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
- Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:
- “Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”
- Sertakan butiran akaun ASTRO anda
- Nama pemilik akaun
- Nombor kad pengenalan
- Nombor akaun ASTRO
- Alamat
- No telefon
- Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera
*Penghantaran emel secara professional adalah disarankan agar makluman tentang permintaan kita tidak melanggar etika dan supaya lebih sopan untuk dibaca.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan untuk terminate ASTRO, boleh layari halaman FAQ ASTRO
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.