Cara Tebus eMadani RM100 Touch n Go, Bermula 4 Disember 2023, permohonan dan penebusan kredit e-tunai sebanyak RM100 boleh dibuat oleh mereka yang layak.
Terdapat empat penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini, Touch n Go adalah salah satu, berikut adalah cara penebusan kredit melalui aplikasi Touch n Go.
Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
Mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, tebus melalui 4 rakan e-dompet yang terpilih, iaitu Shopeepay, TNG eWallet, Setel atau MAE.
eMadani Bantuan e-Tunai RM100
- eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
- Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
- Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Cara Tebus eMadani RM100 TNG eWallet
- Sila login ke aplikasi TNG untuk membuat penebusan. Kredit eMadani akan tersedia untuk ditebus mulai 4 Disember 2023.
- Pastikan anda telah memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
- Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.
- Setelah berjaya menebus, sila gunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian
Tarikh Penebusan & Pembelian Menggunakan Kredit e-Dompet eMadani TNG
- Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai eMadani, sila rujuk saluran berikut:
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.