Cara Semakan Dividen Koperasi Tentera – Koperasi Tentera adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil kira kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan misi utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Koperasi Tentera, dan cara membuat pendaftaran, semakan secara online dan terbaru dividen koperasi tentera 2023.
Koperasi Tentera
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift & loan).
Sesuai dengan konsep penubuhan, koperasi ini menyediakan kemudahan menabung yang terjamin kepada anggota dengan pulangan dan ganjaran menarik.
Kaedah ini menggalakkan ahli koperasi menguruskan kewangan dengan lebih berhemah menerusi sikap menabung.
Selaras dengan objektif ini, Koperasi Tentera memperkenalkan Polisi Pinjaman pada tahun 1966. Polisi ini bertujuan untuk mendidik anggota dan mengurangkan tabiat kerap meminjam yang sering berlaku.
Pada tahun 1976 pula KT memperkenalkan produk
insurans berkelompok untuk perlindungan ahli disusuli dengan pelancaran Skim Pendidikan Tinggi pada tahun 1983.
Dekad 90-an menyaksikan perkembangan KT dengan penerimaan anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan daripada Pertubuhan Koperasi Kebangsaan Malaysia.
Pada dekad berikutnya (2000-an) koperasi ini terus menerima anugerah kecemerlangan. Pada dekad ini juga Koperasi Tentera dianugerahkan Sijil Piawaian MS ISO.
Dengan objektif utama untuk menjaga kebajikan anggota ATM, KT tidak hanya menawarkan keahlian kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pesara ATM.
Sesuai dengan visi, misi dan objektif untuk meningkatkan taraf hidup ahli, KT menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan kewangan.
Pembiayaan / Pinjaman Koperasi Tentera & Produk-produk Lain
Antara produk yang ditawarkan oleh KT ialah pembiayaan peribadi, perlindungan Takaful, pajak gadai Islam Ar-Rahnu, pembiayaan SME dan kemudahan pelaburan kepada anggota.
Pinjaman koperasi tentera yang ditawarkan adalah dalam bentuk pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin, pembiayaan ekspres, pembiayaan yuran KT, dan pembiayaan takaful dan cukai jalan.
Semua pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik yang patuh Syariah.
Skim takaful koperasi tentera pula menawarkan Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Medic KT, perlindungan takaful kenderaan dan takaful am.
Pelan perlindungan takaful yang ditawarkan ini adalah hasil daripada kerjasama antara KT dengan syarikat-syarikat takaful di Malaysia.
Selain daripada pembiayaan peribadi, KT juga menawarkan pembiayaan berjangka kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME.
Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh 10 tahun.
Antara perkhidmatan KT yang popular adalah Pajak Gadai Ar-Rahnu (AR-RahnuKT). Perkhidmatan ini dibahagikan kepada dua produk utama iaitu Ar-Rahnu Prihatin dan Ar-Rahnu Prima.
Ar-Rahnu Prihatin membenarkan pinjaman sehingga RM5,000 manakala Prima pula membenarkan pinjaman sehingga RM100,000. Produk ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Pembayaran Dividen 2023 – TERKINI
Untuk makluman, pembayaran dividen koperasi tentera kepada anggota akan bermula pada 16 Julai 2024 (Selasa).
Sehubungan itu, anggota boleh membuat semakan dividen koperasi tentera melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bermula 11 Julai 2024 (Khamis).
Semakan Dividen 2023
Anggota boleh membuat semakan melalui SMS:
Taip KT DIV NO.MyTentera/MyKad & hantar ke 33310
*Anggota KT boleh mengakses akaun simpanan KT dan membuat pengeluaran aplikasi KT Online (Anggota dinasihatkan untuk membuat pilihan DuitNow bagi pengeluaran yang lebih cepat).
*Sila pastikan akaun KT Online anda aktif dan kemas kini nombor telefon bagi memastikan proses pembayaran dividen berjalan lancar.
*Anggota juga boleh membuat permohonan pengeluaran di kaunter cawangan KT mulai 16 Julai 2024 sekiranya belum mendaftar KT Online.
*Untuk maklumat lanjut Pusat Perkhidmatan KT di talian 03-2303 0000.
Notis Kemaskini KT Online
Anggota Koperasi Tentera yang dihormati,
Susulan daripada pengumuman Koperasi Tentera (KT) mengenai pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 2023, anggota KT hendaklah memastikan akaun aplikasi KT Online aktif bagi memudahkan proses pengeluaran dividen yang akan dikreditkan bermula pada 16 Julai 2024.
Sekiranya anggota tidak mempunyai aplikasi KT Online atau lupa kata laluan, anggota disarankan untuk membuat pendaftaran kali pertama atau pengaktifan semula KT Online bagi mengelakkan kesulitan semasa pengeluaran dividen. Pendaftaran dan pengaktifan semula boleh dilakukan di cawangan KT berdekatan atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-2303 0000.
Dapatkan maklumat lanjut yang tepat dan terkini berkaitan KT hanya di laman Facebook rasmi KT di https://www.facebook.com/koperasitentera atau di laman sesawang KT di www.katmb.com.my. Sebarang pertanyaa lanjut, anggota boleh hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-2303 0000.
Pendaftaran KT Online
Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli KT, anda boleh daftar koperasi tentera secara online dengan muatturun borang permohonan menjadi anggota di laman web rasmi KT iaitu di pautan https://www.ktonline.com.my
Cara Login Kali Pertama
Berikut merupakan cara untuk anda login kali pertama LOGIN KOPERASI TENTERA(KT).
- Anda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama : https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin
- Pilih jenis pengenalan berikut:
- Tentera ID
- No kad pengenalan
- No passport
- Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
- Klik hantar OTP
- OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)
- Masukan ID pengguna
- Cipta dan tetapkan kata laluan
- Masukan semula kata laluan
- Pilih imej dan frasa keselamatan
- Jawab soalan keselamatan
- Pendaftaran anda telah Berjaya
Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ktonline.mb&hl=en&gl=US
Login Koperasi Tentera (KT Online)
Setelah mendaftar, anda boleh login koperasi tentera anda dengan langkah berikut:
- Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
- Masukan id pengguna
- Tekan teruskan
- Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
- Tekan masuk @ login
- Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
Anda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut.
- Klik pautan https://www.ktonline.com.my/
- Masukan ID pengguna
- Tekan teruskan
- Sahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
- Tekan masuk @ login
- Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
- Klik pada menu nombor akaun anda
- Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
- Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi
Maklumat Lanjut
No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Untuk makluman Pusat Perkhidmatan Pelanggan KT telah bertukar kepada nombor baharu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2303 0000
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.