Cara Semak Permohonan UPUOnline 2024/2025 – Keputusan UPUOnline SPM / STPM Sesi Akademik 2024 boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi UPU.
Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2024/2025
SEMAKAN KEPUTUSAN UPUOnline®️ LEPASAN STPM/SETARAF | SESI AKADEMIK 2024/2025
SEMAKAN BERMULA :
6 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAHARI
HINGGA 15 SEPTEMBER 2024 (AHAD) JAM 5.00 PETANG
TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN – 7 HINGGA 15 SEPTEMBER 2024
TAWARAN ADALAH MUKTAMAD
Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi :~
🔸 TikTok : @bkpaupu
🔸 Facebook : kemasukan bpkp jpt
🔸 Telegram : UPUONLINE CHANNEL
🔸 Instagram : @kemasukanbkpa
🔸 YouTube : bkpaUPU
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi :-
🔴 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 E-mel: [email protected]
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/
SEMAKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET ATAU DIPAUTAN BERIKUT :
- i. https://jpt.utm.my
- ii. https://jpt.uum.edu.my
- iii. https://jpt.unimas.my
- iv. https://jpt.ums.edu.my
- v. https://jpt.umt.edu.my
Rayuan UPUOnline
PERMOHONAN RAYUAN UPUOnline®️
LEPASAN STPM/SETARAF | SESI AKADEMIK 2024/2025
HANYA CALON YANG TIDAK BERJAYA MENDAPAT TAWARAN PENGAJIAN SAHAJA YANG BOLEH MENGEMUKAKAN RAYUAN
RAYUAN DI PORTAL RASMI UPU :
https://upu.mohe.gov.my
DIBUKA :
6 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT)
12.00 TENGAH HARI
DITUTUP :
15 SEPTEMBER 2024 (AHAD)
5.00 PETANG
Tempoh Semakan Keputusan & Pendaftaran Kemasukan Sesi 2024/2025
Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline sesi 2024:
CALON LEPASAN SPM
Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.
Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.
Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:
- Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 Julai 2024
- Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-3 Ogos 2024
Bagi pelajar yang memilih kursus yang mempunyai temuduga atau ujian, proses ini akan bermula sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2024.
CALON LEPASAN STPM
Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), tarikh hebahan keputusan bagi pemohon lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf akan bermula pada MINGGU KEDUA SEPTEMBER 2024.
Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.
Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.
Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:
- Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 September 2024
- Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-2 Oktober 2024
SEMAK MELALUI APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY
Cara Semakan Keputusan Melalui UPUOnline
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan rayuan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.
- UTM – https://jpt.utm.my
- UUM – http://jpt.uum.edu.my
- UNIMAS – https://jpt.unimas.my
- UMS – http://jpt.ums.edu.my
- UMT – http://jpt.umt.edu.my
Semakan UPUOnline Melalui Aplikasi UPU Pocket
Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:
- memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
- memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
- boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
- terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.
Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:
No tel : 03 – 8684 2363
Emel : [email protected]
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.