
Cara Renew Road Tax Online, Diskaun Sehingga 80% Dengan PolicyStreet Drive+
Sejak premium insurans kesihatan dan takaful di Malaysia meningkat, ramai yang pasti merasa terbeban dengan kenaikan kos ini. Lebih-lebih lagi, awal tahun biasanya penuh dengan perbelanjaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, persiapan anak-anak masuk sekolah, serta persediaan untuk Ramadan dan Hari Raya.
Ditambah pula dengan harga barang yang terus meningkat, memang poket boleh ‘kering’ kalau tak berjimat!
Tapi, bukan semuanya naik tau. Ada juga yang turun harga. Ni ada berita baik untuk korang! PolicyStreet kini memperkenalkan kempen ‘Betul-Betul CHEAPEST Road Tax’ dan diskaun sehingga 80% dengan Drive+.

PolicyStreet Tawar Cukai Jalan Termurah Untuk Ahli Drive+, Diskaun Sehingga 80%
Woww, bestnya… PolicyStreet kini menawarkan Cukai Jalan Termurah di Malaysia, dengan diskaun sehingga 80% untuk semua ahli Drive+!
Keahlian Drive+ oleh PolicyStreet boleh didaftarkan bermula 12 Februari 2025, jam 8:00 malam. So, apa kelebihan kalau kita jadi ahli Drive+ ni?
Banyak kelebihannya, guys… Dengan menjadi ahli, anda boleh menikmati:
- Panduan Langkah Demi Langkah Untuk Membuat Tuntutan –Ahli akan diberi panduan langkah demi langkah untuk membuat tuntutan anda kepada syarikat insurans.
- Diskaun Sehingga 80% Untuk Cukai Jalan –Nikmati diskaun sehingga 80% untuk cukai jalan anda, sedia untuk digunakan serta-merta.
- Pelan Ansuran Tanpa Faedah –Kurangkan beban kos pembaharuan insurans kereta dengan Easy Payment Plan tanpa faedah PolicyStreet.
- Pengendalian Pembaharuan Cukai Jalan Percuma –Jimat RM15 dengan yuran pengendalian percuma untuk pembaharuan cukai jalan digital dan fizikal.
- Perkhidmatan Premium – Ahli akan diberikan keutamaan dan servis premium untuk pembaharuan insurans kereta dan pertanyaan berkaitan produk.
- Ganjaran Kesetiaan – Nikmati diskaun RM20 untuk pembaharuan insurans kereta yang seterusnya dengan PolicyStreet.

Bermula dari 12 Februari sehingga 31 Mac, gunakan kod promo eCentral iaitu PSXECENTRAL30 untuk menikmati diskaun RM30 untuk keahlian Drive+. (Harga asal Drive+ RM99.99 tau, harga promosi sekarang RM39.90 – memang PALING JIMAT guna promo code eCentral ni sebab korang boleh jadi ahli hanya dengan RM9.90 je!)
Kalau belum jadi ahli Drive+, korang still boleh je grab tawaran ‘Betul-Betul FREE Road Tax’ untuk SEMUA Axia, Bezza, Iriz, dan Saga dengan PolicyStreet ni. FYI, road tax dan insurans kereta boleh diperbaharui 2 bulan lebih awal sebelum tarikh luput tau. Sebab tulah korang kena check tarikh luput road tax dan insurans korang supaya boleh renew dengan PolicyStreet sekarang!

Kenapa MESTI Renew Road Tax Dengan PolicyStreet?
Bagi yang masih belum tahu tentang PolicyStreet, ia adalah sebuah syarikat Pengendali Takaful berlesen yang diiktiraf oleh Labuan Financial Services Authority (LFSA) serta Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) (Approved Financial Adviser).
Jadi, kenapa mesti renew road tax dengan PolicyStreet? Dah tentulah sebab PolicyStreet menawarkan cukai jalan termurah di Malaysia, tambah lagi dengan diskaun sehingga 80% untuk semua ahli Drive+. So, korang tak perlu teragak-agak sebab tawaran ni memang legit!
Menariknya, melalui laman web PolicyStreet ni juga, korang boleh memilih daripada lima syarikat insurans yang dipercayai atau membandingkan sebut harga daripada 12 syarikat insurans untuk mencari pilihan yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan korang.
Hanya di PolicyStreet juga, pelanggan boleh menyesuaikan ciri perlindungan kereta mereka dengan memilih mana-mana perlindungan tambahan berikut pada harga hanya RM16.90 setiap satu:
- Perlindungan Kebersihan Dalaman Mesra Kanak-Kanak: Tuntut sehingga RM100 untuk kos buruh membersihkan bahagian dalaman kereta akibat muntah, kencing, atau najis kanak-kanak.
- Perlindungan Kawalan Serangga: Tuntut sehingga RM300 untuk kos buruh membuang serangga, fumigasi, dan sanitasi bahagian dalaman kereta akibat masalah serangga.
- Perlindungan Najis Burung dan Getah Pokok: Tuntut sehingga RM200 untuk kos buruh membersih, mengecat semula, rawatan kimia, dan mengilat bahagian luar kereta akibat najis burung atau getah pokok.
Cara Daftar Sebagai Ahli Drive+ Dan Dapatkan Diskaun Road Tax Sehingga 80%
Haa… Berbaloi sangat kalau jadi ahli Drive+ kan?
Jom tengok video tutorial cara daftar ahli Drive+ dengan PolicyStreet :

NOTA: Gunakan kod promo eCentral [ PSXECENTRAL30 ] untuk menikmati diskaun RM30 untuk keahlian Drive+.(*Harga asal RM99.99, harga promosi RM39.90. Gunakan kod promo eCentral untuk mendapatkan harga RM9.90 untuk keahlian Drive+. Sah bermula 12 Februari sehingga 31 Mac sahaja.)
Cara Renew Road Tax Kereta PERCUMA Dengan Tawaran ‘Betul-betul Free RoadTax’
Bagi korang yang ada kereta Axia, Bezza, Iriz, dan Saga, ini cara nak renew cukai jalan secara PERCUMA melalui tawaran ‘Betul-betul FREE Road Tax’:
1. Layari laman web mereka di https://car.policystreet.com/
2. Masukkan maklumat kereta anda
3. Tunggu je quotation sama ada melalui WhatsApp atau emel.
Untuk claim ‘Betul-betul FREE Road Tax’, korang perlu membuat pembelian dalam tempoh promosi. Jadi, lepas dapat quotation nanti, semak dan banding harga dan teruskan dengan proses pembayaran. Pelekat road tax anda akan dihantar dalam 5 hari bekerja oleh MyEG. Cukai jalan digital anda pula akan diaktifkan serta-merta selepas pembaharuan.

PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.