Sejak tahun 2016 lagi, urusan pembaharuan lesen memandu Malaysia atau renew lesen memandu baharu boleh dilakukan di Pejabat Pos seluruh Malaysia.
Walaupun urusan memperbaharui lesen sekarang dah boleh dibuat secara online, akan tetapi masih ramai lagi yang lebih suka berurusan secara manual terus di kaunter.
Lagipun, perkhidmatan Pejabat Pos kini juga semakin cekap dan efisyen kan?
Jadi di sini kami kongsikan apa yang perlu dibawa semasa urusan renew lesen memandu di Pejabat Pos, termasuklah dengan harga, dokumen yang perlu dibawa supaya dapatlah kita sediakan awal-awal nanti.
Jenis Lesen Memandu Yang Boleh Diperbaharui Di Pejabat Pos
Lesen LDL dan CDL boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos berdekatan.
Manakala hanya lesen PDL (Probational Driving License – lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.
*Stok kad bagi cukai jalan dan lesen memandu adalah terhad dan bergantung kepada stok di kaunter Pejabat Pos. Lesen memandu digital akan ditawarkan sebagai alternatif buat pelanggan yang membuat pembaharuan di Pejabat Pos.
Sila ke cawangan JPJ berdekatan jika anda ingin mendapatkan lesen memandu fizikal.
Syarat- syarat Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos
Kalau nak buat pembaharuan lesen memandu di Pejabat Pos, ini syaratnya:
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
- Tidak disenaraihitamkan (blacklist)
Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan pembaharuan lesen di Pejabat Pos hanya boleh di lakukan hari bekerja sahaja dari Isnin sehingga Jumaat.
Dokumen Yang Diperlukan
Untuk pembaharuan, anda hanya perlu bawa:
- Kad pengenalan
- Lesen memandu asal
- Slip lesen* (ini hanya untuk pembaharuan kali pertama)
Harga Bayaran / Caj Yang Dikenakan
Mungkin ramai yang dah lupa harga renew lesen memandu sebab kita hanya pergi renew lesen memandu ni paling kerap pun setahun sekali.
Di sini kami kongsikan harga renew lesen di Pejabat Pos:
- Kelas A/A1: Bayaran RM2.00/tahun
- Kelas B2, B & C: Bayaran RM20.00/tahun
- Kelas D & ke atas: Bayaran RM30.00/tahun (Warganegara)
- Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara): Bayaran RM120.00 / tahun
- Lesen LDL – Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.
*Jangan lupa, apabila anda menggunakan servis Pejabat Pos untuk renew lesen, RM2.00 caj servis akan dikenakan.
Kalau anda keliru lesen jenis apa yang dimaksudkan dalam kelas di atas, ini adalah maksud bagi kod tersebut:
- Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
- Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
- Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
- Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
- Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
- Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
- Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
- Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
- Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
- Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
- Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
- Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
- Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
- Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg
Maklumat Lanjut
Selain di Pejabat Pos, pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri / Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan di aplikasi MyJPJ/MySikap.
Untuk perkembangan terkini atau maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembaharuan lesen di Pejabat Pos, sila layari laman web https://www.pos.com.my/ atau ikuti laman Facebook POS Malaysia Berhad.
Anda boleh semak senarai cawangan pejabat pos terdekat di pautan ini : pos.com.my/pos-outlet-finder.
Sumber : jpj.gov.my, Facebook POS Malaysia, penulisan eCentral
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.