Cara pakai Setel Petronas hanya perlu bayar secara online sahaja di stesen pam minyak yang terpilih. Sebelum ini jika anda ingin mengisi minyak kenderaan, anda perlu keluar dan buat bayaran di kaunter.
Setel Petronas
Setel adalah sistem pembayaran mudah alih yang membolehkan anda membeli petrol di stesen PETRONAS terpilih. Melalui setel anda tidak perlu lagi beratur di kaunter.
Pembayaran untuk petrol boleh di lakukan di dalam kenderaan anda sahaja.
Cara Muat Turun Aplikasi Setel
Untuk download aplikasi tersebut,anda boleh muat turun melalui pautan berikut:
Cara daftar Aplikasi Setel Petronas
Untuk mendaftar bagi pengguna kali pertama,anda boleh ikuti langkah di bawah:
- Buka aplikas Setel anda yang telah dimuat turun tadi.
- Klik pada Register.
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
- FULL NAME – nama penuh anda.
- MOBILE PHONE NUMBER – nombor telefon anda yang aktif.
- EMAIL ADDRESS – email anda uang sah.
- PASSWORD – ciptakan kata lalauan anda
- PROMO CODE (OPTIONAL) – masukkan kod sekiranya ada
- Tick pada Send Setel promosi and deals to my email (sekiranya anda berminat).
- Seterusnya tekan Register.
- Masukkan Kod pengesahan 6 digit yang diterima melalui SMS.
- Pada laman seterusnya anda dikehendaki untuk membuka fungsi Location/Navigation/GPS di telefon pintar anda.
- Seterusnya klik pada Create PIN, ciptakan PIN yang anda inginkan dan sahkan sekali lagi PIN anda untuk ditetapkan pada akaun anda.
- Anda juga boleh menggunakan fungsi fingerprint untuk akaun anda sebagai langkah keselamatan. (sekiranya berminat).
- Seterusnya anda dikehendaki tetapkan kad kredit atau kad debit untukfungsi tambah nilai ke aplikasi SETEL.
- Akhir sekali tekan pada GET STARTED. Pendaftaran akaun anda selesai.
Untuk upgrade akaun setel walet anda,anda perlu lihat cara di bawah:
- Buka aplikasi Setel anda
- Pada menu utama klik pada More (bergaris tiga)
- Kemudian pilih Payment Methods
- Seterusnya klik pada Upgrade Now dan klik pada Upgrade Now sekali lagi, kemudian klik Continue
- Step 1: Isikan segala maklumat yang diperlukan
- Step 2: Anda dikehendaki untuk mengambil gambar depan kad pengenalan anda
- Step 3: Anda dikehendaki untuk mengambil gambar belakang kad pengenalan anda
- Step 4: Anda dikehendaki untuk mengambil swa foto (selfie)
- Kemudian akan tertera Submission Under Review, klik pada Ok, Got It
- Selesai, proses pengesahan akan mengambil sedikit masa
- Bukan kembali app Setel anda, satu pop op pengesahan upgrade akan tertera, klik Ok, Got It
- Anda boleh melihat status upgrade di Payment Method anda.Selesai!
Cara Pakai Aplikasi Setel
Berikut adalah cara guna aplikasi Setel di petronas terpilih:
- Sekiranya anda sudah sampai petrol pump, akan terpapar Purchase Fuel, klik pada butang tersebut dan klik Got It.
- Seterusnyan pilih nombor pump yang mana ada berada. Ada terpapar pada pam minyak tersebut. Anda boleh pilih jumlah pengisian yang anda ingin seperti Ringgit atau Liter atau Full Tank. Jika sudah pilih, klik pada PAY
- Masukkan nombor PIN yang anda telah tetapkan sebelum ini
- Seterusnya jika keluar paparan Start Refuelling Now, anda boleh keluar kereta dan mengisi minyak ke kereta anda sehingga selesai.
- Jika sudah selesai mengisi, letak semula nozzle pump dan masuk ke dalam kereta.
- Anda boleh dapatkan resit penuh dengan cara download PDF pada link yang disediakan. Dalam masa sama juga, anda dapat Mesra Point.
- Selesai
Cara untuk Topup/Tambah Nilai
Untuk membuat tambah nilai di aplikasi setel,anda boleh ikuti proses ini:
- Buka aplikasi Setel anda
- Seterusnya klik pada bahagian Payment yang berada di bahagian bawah
- Seterus klik pada Top-Up
- Terdapat pilihan nilai top-up iaitu RM20, RM40, RM60, RM80 dan RM100 dan Other( Min-RM10, Max-RM200)
- Pilih pilhan yang anda kehendaki dan klik continue
- Pilih cara pembayaran anda sama ada:
- Kredit / Debit Card
- Online banking (FPX)
- Teruskan proses pembayaran anda sehingga selesai.
- Tambah Nilai anda telah berjaya.
Untuk buat tambah nilai secara automatik,ikuti proses di bawah:
- Buka aplikasi Setel anda
- Seterusnya klik pada bahagian Payment yang berada di bahagian bawah
- Seterus klik pada Top-Up
- Terdapat pilihan nilai top-up iaitu RM20, RM40, RM60, RM80 dan RM100 dan Other( Min-RM10, Max-RM200)
- Pilih pilhan yang anda kehendaki dan klik continue
- Pilih cara pembayaran anda melalui Kredit / Debit Card dan setkan jumlah yang anda ingin auto topup tersebut
- Tambah Nilai anda telah berjaya.
Cara claim ganjaran Reward point di Setel
Untuk redeem mesra point di aplikasi Setel,ikuti cara di bawah:
- Buka aplikasi Setel anda
- Pada menu utama klik pada Rewards
- Paparan akan menunjukkan jumlah mesra points terkumpul anda
- Tekan pada Redeem untuk tebus
- Pilih jumlah yang anda ingin tebus kemudian klik pada Redeem
- Satu popup confirm redemption akan tertera, klik Confirm
- Paparan Redemption Successful tertera, klik done
- Pada Setel Wallet anda akan tertera jumlah yang anda redeem tadi
- Selesai
NOTA: 1 mesra points bermaksud 1 sen
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.