Cara mohon & semak status Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Sara Hidup adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan dan layak untuk menerima bantuan yang diberikan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara mohon serta semak status kelayakan.
Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.
Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama 3 tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh 3 tahun itu.
Syarat Kelayakan BSH
Berikut dikongsikan syarat kelayakan BSH:
- Veteran ATM (Tanpa mengira tempoh khidmat)
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
Kadar Bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Bantuan yang diberikan adalah RM300 Sebulan
Cara Membuat Permohonan
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut: Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
- Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di: Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV – SEMAK STATUS PERMOHONAN ANDA DI SINI
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh menghubungi kakitangan JHEV di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri atau di talian 03-2050 8000
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.