Cara Mohon Rumah Selangorku. Rumah mampu milik

Cara Mohon Rumah Selangorku: Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Bagi memastikan setiap keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami, Dasar Perumahan Negeri Selangor merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ menerusi Skim Rumah Selangorku.

Maka salah satu cara nak memenuhi keperluan rakyat negeri Selangor yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan adalah melalui adalah inisiatif Rumah Selangorku.

Rumah Selangorku

Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang khas dari kerajaan untuk warganegara Malaysia untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak.

Skim ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 2014 lagi dan ia diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.

Selain memanfaatkan rakyat Selangor, bantuan ini juga memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.

Syarat Kelayakan Rumah Selangorku

Syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  3. Permohonan Rumah Jenis A: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,500.00.
  4. Permohonan Rumah Jenis B: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM7,000.00.
  5. Permohonan Rumah Jenis C: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM10,000.00.
  6. Permohonan Rumah Jenis D, JENIS E DAN JENIS E KHAS: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM14,500.
  7. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, D atau E semasa membuat permohonan.
  8. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
  9. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  10. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Senarai Projek Terkini

Senarai projek terkini boleh dilihat di senarai ini: https://ehartanah.lphs.gov.my/

Anda juga boleh buat semakan projek terkini di sini: https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/borang/SENARAI_PROJEK.pdf

Harga & Jenis Rumah Selangorku

Jenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing.

Ia juga bergantung kepada

  • Jenis,
  • Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.)
  • lokasi dan
  • kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Harga jualan bagi Rumah Selangorku tertakluk kepada kategori dan Jenis rumah yang dipilih seperti berikut:

  1. Rumah Bertingkat (Pangsapuri)
    • Jenis A: RM 42,000.00 seunit
    • Jenis B: RM 100,000.00 seunit
    • Jenis C: RM 150,000.00 seunit
    • Jenis D: RM 200,000.00 seunit
    • Jenis E: RM 250,000.00 seunit
  2. Rumah Bertanah (Rumah Bandar & Teres)
    • Jenis A: RM 42,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis B: RM 100,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis C: RM 200,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis D: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)
    • Jenis E: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri

Kalau nak tengok senarai jenis Rumah Selangorku secara lanjut, boleh rujuk Dasar Rumah Selangorku melalui lampiran ini : https://rehdaselangor.com/wp-content/uploads/DASAR_RUMAH_SELANGORKU_2.0_.pdf

Cara Mohon Rumah Selangorku

  1. Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my/
  2. Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka.
  3. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.
  4. Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS  https://ehartanah.lphs.gov.my

*Nota :

Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut ; http://ehartanah.lphs.gov.my/

Garis Panduan Permohonan

  • Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
  • Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  • Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  • Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    6. Penyata KWSP (jika ada); dan
    7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  • Penyata KWSP (jika ada)
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Semakan Permohonan

Cara semakan permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/
  2. Login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  3. Pilih tab ‘Semak Status’
  4. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  5. Klik butang ‘Semak’

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya / Tidak Berjaya

Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.

Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA,

  • Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.
  • Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

Bagi permohonan yang BERJAYA,

  • Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.
  • Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.
  • Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.
  • Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

Soalan Lazim

1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku?

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidakk melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan;
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

2. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon komersial (Pangsapuri Perkhidmatan / SOHO / SOVO / SOFO mampu milik)?

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah hingga RM15,000 sebulan namun keutamaan kepada pemohon RM 10,000.00 sebulan mengikut pilihan pemohon ;
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman komersial (Pangsapuri Perkhidmatan dan SOHO) / boutique office (SOVO/ SOFO atau SOLO) dan bukan berdasarkan pemilikan kediaman perumahan;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Penyerahan Kunci (V.P) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon semula.

3. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan Komersial (Pangsapuri Perkhidmatan / SOHO / SOVO / SOFO mampu milik)?

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web https://www.rumah-selangorku.com

4. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan (kedai / industri mampu milik atau Pangsapuri Perkhidmatan / SOHO / SOVO / SOFO mampu milik) semasa pendaftaran online?

Pemohon perlu muat naik (upload) dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Pendapatan Bulanan pemohon dan pasangan;
    • Penyata gaji terkini daripada majikan atau surat akuan bersumpah / berkanun daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;

5. Berapakah harga rumah Selangorku atau hartanah kawalan (Pangsapuri Perkhidmatan / SOHO / SOVO / SOFO mampu milik)?

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit tertakluk kepada jenis rumah, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Manakala untuk komersial (pangsapuri perkhidmatan/SOHO/SOVO/SOFO mampu milik) bermula pada harga RM 230,000 seunit sehingga RM 270,000 seunit.

6. Dimanakah lokasi rumah atau hartanah harga kawalan (Pangsapuri Perkhidmatan/ SOHO/SOVO/SOFO mampu milik) yang boleh dipohon ?

Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my.

Peringatan! Sila pastikan lokasi yang dipilih adalah mengikut kategori yang betul dalam sistem pendaftaran. Ini bermaksud permohonan Rumah Selangorku hanya untuk pendaftaran Rumah Selangorku sahaja dan tidak boleh membuat pilihan projek dalam kategori Kediaman Komersial seperti Pangsapuri Perkhidmatan/ SOHO/SOVO/SOFO mampu milik.

7. Kenapa permohonan Rumah Selangorku atau Hartanah Harga Kawalan saya berstatus “SENARAI MENUNGGU”?

Pemohon dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses PraTawar namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada boleh ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon. Kebiasaanya, pendaftaran permohonan yang direkod dalam sistem di LPHS melebihi daripada jumlah stok unit yang boleh ditawarkan kepada pemohon dan perlu menunggu sehingga terdapat kekosongan unit.

8. Berapa lamakah permohonan saya untuk ditawarkan Rumah Selangorku atau hartanag harga kawalan setelah berstatus masih dalam “SENARAI MENUNGGU”?

Selepas tempoh 1 tahun masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menukar lokasi projek permohonan sekiranya merasakan permohonan tersebut telah lama atau tidak berminat lagi.

9. Apakah yang patut saya lakukan apabila status saya adalah ‘TAWARAN BERSYARAT’ bagi permohonan Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan?

Pemohon yang layak ditawarkan Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan, pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon dengan menghendaki pemohon mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ (hardcopy) yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) seperti berikut :

  • Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Satu (1) salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/SuratCerai/Sijil Kematian pasangan;
  • Satu (1) Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin (Salinan asal, wajib dikemukakan);
  • Satu (1) salinan penyata gaji terkini sebulan sahaja atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri; (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)
  • Satu (1) salinan Surat Akuan Bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja; (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)
  • Satu (1) salinan Penyata KWSP (jika ada) berserta sejarah pengeluaran KWSP ;
    (tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan) ; dan
  • Satu (1) salinan Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS. (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)

Semua ‘Dokumen Sokongan’ (hardcopy) pemohon yang telah dilengkapkan oleh pemohon perlu dikemukakan kepada pihak pemaju untuk diserahkan kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan LPHS sebelum surat tawaran dikeluarkan. Pemohon yang layak boleh menyemak status di atas talian iaitu ‘’Terima Tawaran’’ iaitu surat tawaran telah dikeluarkan. Dengan ini, pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut daripada pemaju berkenaan bagi urusan pemilihan unit, perjanjian jual beli dan sebagainya.

10. Apakah permohonan saya akan dipertimbangkan sekiranya saya telah memiliki / pembelian kediaman rumah di luar Selangorku?

Setelah pemohon yang dikategorikan ‘’TAWARAN BERSYARAT’’ adalah wajib untuk mengemukakan Salinan Perjanjian Jual-Beli berserta cukai tanah atau cukai pintu sebagai bukti pemilikan kediaman tersebut di luar Selangor. Bagi status permohonan dalam ‘SENARAI MENUNGGU’ tidak perlu dikemukakan dalam proses permohonan pendaftaran ini lagi.

11. Adakah permohonan saya disenarai hitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan yang ditawarkan ?

Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenarai hitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan selama tempoh 2 tahun.

12. Bilakah masa yang sesuai untuk saya menjual / pindah milik Rumah Selangorku / Kediaman Komersial dan Boutique Office Mampu Milik / Kedai / Industri Mampu Milik?

Tempoh masa yang ditetapkan untuk proses pindah milik Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan adalah selepas tempoh lima (5) tahun daripada tarikh menandatangani Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

13. Kenapa permohonan saya dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku atau Hartanah Kawalan dikategorikan sebagai “DRAFT”?

Pemohon yang masih belum melengkapkan sepenuhnya permohonan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku akan diletakkan dalam kategori ‘Draf’. Pemohon perlu menyemak semula permohonan dengan melengkapkan maklumat yang wajib diisi dan dokumen dimuat naik yang diperlukan. Sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 21 hari, maka pendaftaran ini akan terpadam dan permohonan baru perlu didaftarkan semula.

14. Bolehkah saya mendaftarkan permohonan bagi projek Rumah Selangorku atau Hartanah Harga Kawalan sekiranya projek tiada di laman sesawang LPHS?

Pemohon boleh berdaftar bila-bila masa namun perlu membuat pilihan projek juga disebabkan pilihan projek tersebut adalah wajib dalam setiap permohonan yang didaftarkan. Ini bermaksud permohonan akan berada dalam senarai projek yang dipohon iaitu dalam Pra-Tawar sekiranya dalam senarai menunggu.

15. Kenapa tiada penawaran nama dibut bagi Rumah Selangorku atau Hartanag Harga Kawalan yang didaftarkan dalam laman sesawang LPHS untuk kategori “Projek Akan Datang”?

Ini kerana, pemaju masih dalam proses mendapatkan kelulusan Permit Pengiklanan dan Lesen Pemaju (APDL) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dimasukan dalam kategori ‘’Projek Akan Datang’’. Secara langsung, pendaftaran projek ini di laman sesawang LPHS bagi mendapatkan permintaan permohonan terlebih dahulu sebelum proses penawaran nama dilaksanakan. Setelah APDL diperolehi oleh pemaju, senarai nama pemohon akan dikeluarkan oleh LPHS. 

16. Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat terkini saya setelah berjaya didaftarkan dalam Sistem Pendaftarann Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan?

Pengemaskinian maklumat hanya dibenarkan pada status “Senarai Menunggu” sahaja. Pemohon boleh mengemaskini sendiri dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku atau Hartanah Harga Kawalan melibatkan semua perkara berikut:

  • Pertukaran Lokasi Projek
  • Pertukaran jenis Rumah Selangorku (A, B, C, D dan E)
  • Alamat pekerjaan atau surat menyurat pemohon
  • No Telefon; 
  • Jika melibatkan perubahan dari segi taraf perkahwinan, status pekerjaan, jumlah tanggungan dan pendapatan pemohon serta sebagainya. Permohonan ini akan melalui proses semakan dan pengesahan semula oleh LPHS dan menyebabkan status pendaftaran pemohon berubah kepada ‘’Berjaya Didaftarkan”.

Jika melibatkan perubahan dari segi taraf perkahwinan, status pekerjaan, jumlah tanggungan dan pendapatan pemohon serta sebagainya. Permohonan ini akan melalui proses semakan dan pengesahan semula oleh LPHS dan menyebabkan status pendaftaran pemohon berubah kepada ‘’Berjaya Didaftarkan.

17. Bolehkah saya membuat permohonan rayuan sekiranya status saya telah dibekukan / Senarai Hitam?

Boleh. Tertakluk pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh tiga (3) bulan. Rayuan juga boleh dibuat diatas talian melalui sistem pendaftaran.

18. Bagaimanakah saya hendak memastikan Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan yang telah ditawarkan kepada saya layak untuk mendapat pinjaman?

LPHS hanya memastikan pemohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sehingga pengeluaran surat tawaran sahaja dan diluar bidang kuasa LPHS dalam menguruskan pinjaman. Proses pembiayaan atau pinjaman boleh dirujuk kepada pihak pemaju melalui panel bank yang dilantik atau melalui inisiatif pemohon sendiri untuk mendapatkan pembiayaan/pinjaman. Walaubagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk menyemak kelayakan pinjaman terlebih dahulu sebelum membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan harga jualan sepertimana yang dipamerkan di laman sesawang LPHS.

19. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan pinjaman Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan sekiranya pembeli gagal mendapatkan pinjaman bank?

Tidak.

Bagi membantu pembeli membuat perancangan kewangan yang bijak sebelum membuat komitmen pembiayaan perumahan, pemohon boleh mempelajari modul kewangan melalui laman sesawang https://learn.akpk.org.my/course/rumahku. Manakala, Khidmat Nasihat Pembiayaan kepada pemohon yang telah ditolak pembiayaan perumahan boleh melayari laman sesawang http://myknp.akpk.org.my.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke [email protected]

Laman web :  https://ehartanah.lphs.gov.my

*Peringatan penting:

  • Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.
  • LPHS akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menghalang urusan pengeluaran hakmilik strata ke atas rumah yang didapati dimiliki atau dibeli tanpa melalui kelulusan LPHS.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah sebuah agensi di bawah kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan pembangunan hartanah di Negeri Selangor.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

 Tingkat 5, Podium Utara
 Bangunan SSAAS
 40503 Shah Alam
 Selangor Darul Ehsan
 Malaysia

  • Telefon: +603-5510 2177
  • Telefon: +603-5510 2122
 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version