Skip to content

Cara Mohon Rayuan STR Fasa 3

Cara mohon rayuan str

Cara Mohon Rayuan STR Fasa 3CARA PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA STATUS KELULUSAN & RAYUAN STR 2025 BAGI PEMOHON BERSTATUS TIDAK LAYAK / TIDAK LULUS

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah mula diagihkan secara berperingkat sejak 12 Ogos 2025 (Selasa), dengan jumlah bayaran bergantung kepada kategori penerima masing-masing.

Bagi pemohon yang permohonannya tidak lulus atau tidak layak, adalah penting untuk memahami sebab penolakan tersebut serta mengetahui langkah untuk membuat semakan dan mengemukakan rayuan semula.

Cara Semak Status STR 2025

Untuk mengetahui status permohonan, anda boleh membuat semakan status permohonan STR 2025 melalui beberapa kaedah rasmi:

KAEDAH 1: Portal Rasmi STR. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.

KAEDAH 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual

KAEDAH 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).

KAEDAH 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)

Maksud Status STR 2025

Setelah membuat semakan dan mengetahui status permohonan anda, pemohon juga boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya mendapat status LULUS RAYUAN.

Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2024 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2025:

MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA

Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?

Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.

Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

MAKSUD STATUS LULUS

Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?

Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

MAKSUD STATUS TIDAK LULUS

Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

APA PERLU BUAT JIKA STR 2025 TIDAK LULUS?

Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?

Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2025 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2025

Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?

Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

Langkah Selepas Status Tidak Lulus

Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Status STR TIDAK LULUS:

1.Sediakan Dokumen Sokongan:
Pastikan semua dokumen berkaitan dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan anda.

2. Semak Alasan Tidak Lulus:
Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu.

3. Permohonan Rayuan:
Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan dalam tempoh yang akan diumumkan secara rasmi. Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDNM dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Permohonan Rayuan STR 2025

Sekiranya status permohonan anda TIDAK LULUS, anda boleh menghantar permohonan rayuan.

Permohonan Rayuan STR 2025 dibuka khusus untuk pemohon yang menerima status “Tidak Lulus” atau permohonan ditolak bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025.

Rayuan ini memberi peluang kedua kepada pemohon untuk mengemukakan maklumat terkini atau dokumen sokongan tambahan bagi membuktikan kelayakan mereka.

Cara Membuat Permohonan Rayuan STR

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Secara Dalam Talian (Online):

  • Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  • Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  • Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.

Secara Manual di Kaunter LHDNM:

  • Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
  • Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
  • Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
  • Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima

NOTA:

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.

  • Kod Duplikasi: Merujuk kepada permohonan yang didapati berganda (lebih daripada satu permohonan atas nama sama).
  • Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Merujuk kepada permohonan yang dibuat dari luar Malaysia.

Pembayaran Rayuan STR 2025 untuk Fasa 3

Rayuan STR 2025 untuk Fasa 3 telah dibuka kepada pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh LHDNM. Iaitu bermula, 16 Februari 2025 hingga 30 Jun 2025 yang lalu.

Ini bermakna, jika permohonan anda tidak lulus pada Fasa 2 atau sebelumnya, anda boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh ini untuk dipertimbangkan bagi pembayaran Fasa 3.

Pembayaran untuk rayuan STR Fasa 3 pula akan mula dibuat secara berperingkat bermula 21 Ogos 2025 sama ada secara pengkreditan terus ke akaun bank atau penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Rayuan STR 2025 untuk Fasa 4

Fasa 4 STR 2025 dijadualkan akan dibayar pada November 2025. Tarikh tepat akan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal melalui siaran media rasmi dan portal STR.

Tempoh Rayuan STR Fasa 4 dibuka dari 22 Januari 2025 hingga 30 September 2025 bagi pemohon berstatus “Tidak Lulus” untuk Fasa 4.

Jadi, jika permohonan anda tidak lulus, masih boleh buat rayuan dalam tempoh tersebut.

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

Berikut ialah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR:

Cara mohon rayuan str

Bila Rayuan STR Masuk

Pembayaran bagi pemohon yang membuat Rayuan STR 2025 akan disalurkan bersama pembayaran STR Fasa 3, yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada 21 Ogos 2025.

Pembayaran Fasa 3 bagi yang berstatus lulus pula mula dikreditkan pada 12 OGOS 2025.

Penerima rayuan yang diluluskan hanya akan menerima bayaran bermula fasa kelulusan tersebut dan seterusnya, mengikut kategori kelayakan masing-masing. Ini bermakna, anda akan menerima bayaran untuk Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja.

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.