Cara Mohon PPRT 2024 – Permohonan untuk bantuan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) bagi tahun 2024 telah dibuka.
PPRT merupakan inisiatif di bawah Skim Pembasmian Kemiskinan Rakyat (SPKR), yang direka khusus untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar.
Target program ini adalah individu dan keluarga yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar, dengan tujuan utama untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan PPRT dan prosedur permohonan, sila rujuk kepada panduan yang disediakan.
Cara Mohon PPRT 2024
Inisiatif ini bertujuan untuk membina dan membaik pulih rumah-rumah bagi menyediakan tempat tinggal yang lebih kondusif, selesa dan selamat.
Ini dianggap sebagai langkah penting dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga tersebut, yang seterusnya akan memberikan asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan pembangunan keluarga itu sendiri.
Dengan adanya tempat tinggal yang layak, keluarga-keluarga ini dapat memfokuskan usaha mereka ke arah peningkatan ekonomi dan sosial yang berkelanjutan.
Skop Bantuan Program Rumah PPRT Tahun 2024
Bantuan PPRT disediakan bagi kawasan luar bandar dan kawasan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Skop bantuan ini dibahagikan kepada dua kategori utama, yang mana setiap satu mempunyai kriteria dan objektif yang tersendiri dalam membantu golongan sasar.
1. Bina Baharu
Bantuan pembinaan tempat tinggal baharu disediakan untuk individu yang tidak memiliki rumah atau yang mendiami tempat tinggal uzur yang tidak lagi selamat atau ekonomik untuk diperbaiki. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan kehidupan yang lebih baik dan kondusif kepada penerima bantuan tersebut.
2. Baik Pulih
Baik pulih yang melibatkan 3 perkara seperti berikut :
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikan
- Requisition (Permohonan)
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah
Penting : Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu
Kumpulan Sasar Program Rumah PPRT Tahun 2024
Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa berkuat kusasa
Berikut merupakan kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak :
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- Diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- Diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Syarat Program PPRT 2024
1. Bantuan Bina Baharu
- Belum memiliki rumah;
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat untuk didiami;
- Tidak ekonomik untuk dibaiki;
- Memiliki tanah sendiri (pemilik penuh); atau
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
2. Bantuan Baik Pulih
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai tempat tinggal yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah – DI SINI
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- Warga emas
- Orang kurang upaya (OKU)
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
- Permohonan perumahan PPRT 2024 adalah secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
- Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
- Permohonan boleh dirujuk dengan Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KKDW, Pejabat KKDW Negeri atau LKW (KEJORA / KETENGAH / KESEDAR / KEDA / PERDA)
MOHON ONLINE PPRT – KLIK DI SINI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.