Skip to content

Cara Mohon Latihan Separa Perubatan

Cara Mohon Latihan Separa Perubatan. Latihan Separa Perubatan merupakan program latihan dijalankanoleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berbentuk kursus bertaraf Sijil atau Diploma.

Program ini menerima pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur dari 17 sehingga 25 tahun dan mereka bakal mendapat peluang bekerja dengan kerajaan dalam bidang yang akan ditawarkan berdasarkan kursus yang dijalani.

Proses tapisan calon yang layak (melibatkan peperiksaan dan sesi temuduga) pula dijalankan oleh pihak SPA.

Maklumat Pengambilan Latihan Separa Perubatan

Pengambilan calon Latihan Separa Perubatan biasanya dilaksanakan sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Tempoh sahlaku untuk permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) adalah selama satu tahun. Calon hendaklah mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut jika tidak berjaya.

Untuk pengetahuan anda,elaun sara diri dan penginapan juga di sediakan sepanjang latihan ini.Pelatih juga tidak di kenakan yuran sepanjang menyertai program latihan ini malah pekerjaan juga telah tersedia di mana KKM akan menempatkan anda di Klinik atau Hospital kerajaan untuk bekerja

Senarai Program dan tempoh masa Latihan

Tempoh program Latihan Separa Perubatan ini bagi peringkat Diploma adalah selama 3 tahun dan 2 tahun pula bagi peringkat Sijil. Berikut adalah 12 senarai latihan yang di tawarkan:

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

  • Latihan Jururawat
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Latihan Jurupulis Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Penolong pegawai Farmasi
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juruterapi Pergigian

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

  • Latihan pembantu Kesihatan Awam
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Lokasi Institut Latihan KKM untuk Latihan Separa Perubatan

Berikut adalah lokasi yang telah di tetapkan:

  1. institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Alor Setar, Kedah
  2. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Batu Pahat, Johor
  3. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Bertam,Pulau Pinang
  4. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Cawangan Georgetown
  5. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Cawangan Kuala Terengganu
  6. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Cawangan Kuantan, Pahang
  7. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kangar, Perlis
  8. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  9. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kubang Kerian, Kelantan
  10. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Melaka
  11. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Muar, Johor
  12. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sandakan, Sabah
  13. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sg Petani, Kedah
  14. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sibu, Sarawak
  15. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Tawau, Sabah
  16. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kesihatan Awam) Kuching, Sarawak
  17. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Alor Setar, Kedah
  18. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Seremban, Negeri Sembilan
  19. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Teknologi Makmal Perubatan) Kuala Lumpur
  20. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru, Johor
  21. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah
  22. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching, Sarawak Kuching
  23. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sg Buloh, Selangor
  24. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
  25. Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang

Syarat kelayakan permohonan

Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan:

  • Pemohon perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan lain yang setaraf dengannya dan mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
  • Pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut bagi memastikan kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan sijil penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
  • Lulus enam subjek dalam SPM dengan subjek Bahasa Melayu mendapat gred kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan.
  • Lulus enam subjek termasuk Bahasa Melayu dengan dua subjek lain di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
  • Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada kepujian atau lulus dan subjek-subjek tertentu sepertimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa
  • Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Bagi calon yang layak, surat panggilan temuduga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal rasmi SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah selama satu tahun. Calon perlu isi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan

Cara Mohon

Permohonan boleh di lakukan dengan log in dengan ID dan kata laluan di https://spa9.spa.gov.my/login

Sekiranya anda belum mempunyai ID pengguna dan kata laluan, anda boleh melakukannya dengan klik pada butang ‘DAFTAR MYID BARU’ untuk mula mandaftar sebagai pengguna baru sebelum log in sebagai pengguna berakaun

Pemohon yang berkelayakan, mereka akan menerima surat panggilan temu duga dan ujian. Semakan pula dapat dibuat melalui Portal SPA pada bulan Oktober untuk sesi kemasukan Januari dan bulan April untuk sesi kemasukan Julai. Tempoh sahlaku permohonan untuk calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) adalah satu tahun. Calon perlu mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Sumber: SPA

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version