Cara Mohon Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara – Dalam usaha menggalakkan penganjuran sukan di Malaysia, geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) diteruskan lagi bagi tahun 2025.
KWASN merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha menyokong persatuan sukan dalam menganjurkan pertandingan bagi mempersiapkan atlet beraksi ke kejohanan antarabangsa.
KWASN bertujuan untuk menyediakan geran kepada NGO yang berkelayakan untuk menganjurkan program/ aktiviti sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk penyertaan atlet (sama ada yang bernaung di bawah persatuan sukan ataupun persendirian) dalam kejohanan bertaraf antarabangsa di luar negara khususnya membantu menaikkan kedudukan ranking atlet negara.
Takwim Permohonan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara
Permohonan bagi geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi tahun 2025 dibuka sepanjang tahun dan pemohon yang berminat perlulah memasti permohonn dihantar sebelum tarikh tutup permohonan seperti berikut:
Syarat Permohonan
Pemberian geran kewangan di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi penganjuran atau penyertaan kejohanan sukan mensasarkan kepada:
- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Badan sukan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997; dan
- Atlet (individu/berpasukan) yang bernaung di bawah persatuan/ badan sukan; dan
- Atlet persendirian (individu/berpasukan).
Berikut merupakan kriteria permohonan penganjuran sukan yang dibenarkan:
i. Penganjuran kejohanan sukan peringkat antarabangsa atau kebangsaan:
- Kebangsaan bermaksud kejohanan sukan di peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) atau mana-mana entiti yang telah mendapat sanksi dari PSK.
- Antarabangsa bermaksud kejohanan sukan di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh PSK atau mana-mana entiti yang telah mendapat sanksi dari PSK tertakluk kepada syarat mendapat kelulusan di bawah seksyen 33 Akta 576.
ii. Bagi (a) dan (b) di atas, terhad kepada sukan-sukan kategori 1 sahaja dan hanya 1 sukan untuk 1 kejohanan (kebangsaan atau antarabangsa) sama ada dianjurkan oleh PSK atau entiti yang diberi sanksi oleh PSK.
iii. Jika kejohanan bersiri hanya layak dipertimbangkan untuk 1 siri sahaja.
iv. Had maksimum untuk penganjuran kejohanan RM500,000.00 untuk antarabangsa manakala RM200,000.00 untuk kebangsaan.
Cara mohon Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN)
Borang permohonan asal dan dokumen sokongan perlu diterima Urus Setia KWASN sebelum tarikh tutup permohonan sepertimana yang dinyatakan pada takwim permohonan KWASN seperti berikut:
- Tarikh program Januari – Februari : permohonan dikemukakan secara serahan tangan atau pos ke alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Aras 2, Menara KBS
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA
(u.p: Urus Setia Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara)
ii. Tarikh program Mac – Disember : permohonan dikemukakan secara dalam talian melalui laman web KWASN di https://www.kbs.gov.my/utama-kwasn
Pertanyaan dan soalan
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN), sila hubungi 03 8871 3268 / 3720 / 3721 / 3287 atau emel kepada [email protected]
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.