Cara Mohon Geran Kenderan Yang Hilang Atau Rosak – Kehilangan atau kerosakan geran kenderaan boleh menjadi situasi yang membebankan, terutama apabila dokumen tersebut diperlukan untuk urusan penting seperti jual beli, pembaharuan cukai jalan, atau urusan dengan pihak berkuasa.
Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui langkah-langkah yang betul untuk memohon semula geran kenderaan yang hilang atau rosak
Jika pinjaman kenderaan anda masih belum selesai, pihak bank hanya akan menyediakan salinan geran kereta atau motosikal anda.
Namun begitu, terdapat situasi di mana geran boleh hilang akibat kecuaian atau mengalami kerosakan akibat bencana seperti banjir, yang sering terjadi.
Salinan geran ini masih diperlukan dalam segelintir perkara contohnya apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan dan mahu membuat tuntutan insurans/takaful (sama ada milik sendiri atau si pelanggar), maka salinan geran kenderaan ini diperlukan oleh syarikat insurrans/takaful kenderaan anda.
Salinan ini juga diperlukan sekiranya anda hendak perbaharui cukai dan insurans kenderaan, pertukaran hak milik kenderaan dan sebagainya.
Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Sementara itu, Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) pula merupakan sebuah perakuan pendaftaran yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.
Walau bagaimanapun, Sijil Pemilikan Kenderaan tidak mengandungi cetakan rekod urus niaga seperti yang terdapat dalam geran kereta.
Ia juga tidak boleh digunakan bagi pembaharuan lesen kenderaan motor, tukar hak milik atau pindaan maklumat.
Cara Mohon Geran Kenderaan daripada Bank
Sekiranya pinjaman kenderaan anda belum habis bayar, biasanya geran original bagi kenderaan tersebut akan dipegang oleh pihak bank.
Oleh itu, sekiranya geran hilang, anda boleh ke cawangan bank dimana anda menandatangani perjanjian pinjaman tersebut untuk memohon salinan geran kenderaan anda. Hanya ikuti langkah-langkah berikut:
- Hadir ke cawangan tempat anda tandantangan dokumen perjanjian pinjaman kenderaan
- Isi borang yang diperlukan dan ambil nombor giliran
- Datang ke kaunter dan serahkan dokumen penting seperti kad pengenalan kepada pegawai bank yang bertugas
- Setelah pengesahan melalui cap jari dibuat, pegawai tersebut akan memberikan anda salinan geran kenderaan
Geran Hilang? Ini Cara Dapatkan Salinan Geran Kenderaan daripada Kaunter JPJ
Anda juga boleh terus ke kaunter di cawangan JPJ berdekatan untuk mendapatkan salinan geran kenderaan anda, juga dikenali sebagai Perakuan Pendaftaran Kenderaan.
Sekiranya anda adalah pemilik kenderaan, anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut bersama-sama ketika datang ke kaunter JPJ:
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
- Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
- Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
- Fi yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda adalah waris atau wakil pemilik kenderaan, terdapat beberapa dokumen tambahan yang perlu dibawa bersama apabila hadir ke kaunter JPJ.
Untuk senarai penuh dokumen yang diperlukan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut daripada pautan ini.
Cara Dapatkan Sijil Pemilikan Geran Kenderaan daripada Kiosk JPJ
Terdapat kiosk JPJ yang tersedia di seluruh Malaysia dimana anda boleh dapatkan salinan Sijil Pemilikan Geran Kenderaan anda dengan mudah.
Tak perlu tunggu giliran ke kaunter atau isi borang, begini cara-caranya :
- Pilih bahasa, masukkan kad pengenalan dan gunakan cap jari.
- Kemudian, pilih salinan Sijil Pemilikan Geran Kenderaan dan masukkan nombor pendaftaran kereta (nombor plat).
- Lakukan pembayaran sebanyak RM 20 menggunakan kad ATM bank sahaja.
- Tunggu sehingga salinan siap diproses.
- Salinan sedia untuk diambil.
Sumber : JPJ, Free Malaysia Today, Viral Media Johor
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.