Cara Mohon Bantuan RM100 Setiap Bulan – Pihak kerajaan negeri Selangor amat prihatin dan peduli terhadap nasib sesetengah keluarga di negeri ini.
Oleh itu, terdapat beberapa inisiatif bagi menyantuni golongan suami dan isteri yang sedang bekerja bagi mengurangkan beban kewangan mereka.
Seperti yang kita tahu, golongan ini walaupun bekerja, tetapi memerlukan bantuan tambahn untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bantuan Asuh Pintar RM100 Setiap Bulan
Pihak kerajaan negeri Selangor amat prihatin dan peduli terhadap nasib sesetengah keluarga di negeri ini. Oleh itu, kerajaan negeri telah melancarkan program Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar atau Asuh Pintar, yang merupakan inisiatif berbentuk wang tunai.
Program ini adalah inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska dengan bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan bagi anak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga B40.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan amat penting bagi membolehkan penerima mengurus bantuan mengikut situasi masing-masing.
Melalui Asuh Pintar, jumlah bantuan yang akan diterima adalah RM100 yang akan dikreditkan setiap bulan.
Syarat-Syarat Kelayakan
Bantuan Asuh Pintar ini terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda menerima bantuan ini. Selain itu, syarat kelayakan ini penting kerana ia dapat menentukan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan ini.
Berikut merupakan senarai-senarai syarat kelayakan yang perlu anda penuhi:
- Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia Dilahirkan Dan Menetap Di Selangor; ATAU
- Tidak Dilahirkan Di Selangor Tetapi Telah Menetap Secara Sah Di Selangor Sekurang-Kurangnya 5 Tahun (Perlu mendapatkan Pengesahan Dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan Tempat Di Mana Pemohon Menetap)
- Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM 5000 Ke Bawah Suami Dan Isteri Berkerja
- Anak Berumur 4 Tahun Dan Ke Bawah Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja Taska Berdaftar Dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
- Ibu Dan Bapa Adalah Pengundi Berdaftar Di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
Cara Memohon Bantuan
Bantuan boleh dimohon secara atas talian dengan mengikutilangkah-langkah berikut bagi mendaftar permohonan:
1) Semak senarai taska yang berdaftar di bawah program ini di pautan berikut: https://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php
2) Bagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian (online) dan dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut:
- Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak yang dipohon
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan perakuan anak angkat / sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri)
- Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri)
Bagi Pemohon bukan kelahiran Selangor
- Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / Astro / Muka Depan Buku Merah IBU
- Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.
3) Untuk pengetahuan semua,
Dokumen Lengkap hendaklah dihantar ke asuhpintar@gmail.com dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan
atau boleh dihantar ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800
Tarikh Permohonan Bantuan
Tarikh permohonan bantuan bagi skim ini agak mudah untuk difahami. Penerangan seperti berikut:
Bagi setiap bulan, permohonan bantuan boleh dihantar sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Jun 2024 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Jun 2024.
Bantuan-Bantuan Lain Di Bawah Iltizam Mesra Anak Selangor
Terdapat beberapa program di bawah Iltizam Mesra Anak Selangor. Antaranya seperti berikut:
1) Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Kanak-Kanak (IMPAK) SELANGOR
2) Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
3) Iltizam Anak Selangor
4) Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (ASUH PINTAR)
5) Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.