Skip to content

Cara Mendaftar Akaun Aeon Bank

  • Info

AEON Bank(M) Bhd secara rasmi telah melancarkan bank digital Islam pertama di Malaysia. sekaligus menjadikan bank digital ke dua selepas GX Bank

Ketua Pegawai Eksekutif Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata bank itu menyasar untuk menawarkan penyelesaian perbankan digital patuh syariah yang selamat, ringkas dan inklusif seperti akaun simpanan, pelan simpanan persaraan, pelbagai pilihan pinjaman dan perkhidmatan pembayaran untuk semua rakyat Malaysia.

Eksklusif sempena kempen pelancaran awam, pelanggan AEON Bank yang mengaktifkan akaun akan layak menerima bonus pendaftaran sebanyak 3,000 mata Aeon dan 3X mata AEON dengan transaksi menggunakan kad debit-i Aeon Bank x Visa, selain kadar keuntungan 3.88 peratus setahun.

Pelanggan yang merupakan sebahagian daripada Program Mata AEON juga akan dipautkan keahlian secara automatik dengan aplilkasi AEON Bank, yang membolehkan mereka menikmati faedah dan ganjaran tambahan apabila membuat pembayaran di cawangan dan peniaga AEON Group.

Aeon Bank dimiliki bersama AEON Financial Service Ltd dan AEON Credit Service (M) Bhd, kedua-duanya anak syarikat kumpulan peruncit terbesar Jepun, AEON Group.

Apakah itu AEON Bank?

Aeon Bank dimiliki bersama AEON Financial Service Ltd dan AEON Credit Service (M) Bhd, kedua-duanya anak syarikat kumpulan peruncit terbesar Jepun, AEON Group

Konsortium ini diketuai oleh AEON Financial Service Co. Ltd dan AEON Credit Service (M) Berhad merupakan satu daripada 5 konsortium yang telah diberikan lesen bank Digital dan satu daripada dua pemegang lesen bank Islam.

Anda hanya perlukan sebuah telefon pintar dengan kamera hadapan dan belakang, kad pengenalan Malaysia (MyKad) yang sah untuk pengesahan identiti dan akaun semasa atau akaun simpanan peribadi (bukan akaun bersama) sedia ada dengan mana-mana bank untuk membuat pindahan deposit permulaan seperti yang ditetapkan oleh peraturan e-KYC Bank Negara Malaysia (BNM).

Cara Daftar Akaun Aeon Bank

Untuk membuat pendaftaran dan buka akaun, anda boleh memuat turun aplikasi perbankan mudah alih Aeon Bank melalui Google Play dan Apple Store dan ikut arahan yang di beritahu.

Untuk memastikan anda boleh memuat turun dan mengakses aplikasi tersebut, sila pastikan tetapan rantau bagi peranti anda disetkan kepada Malaysia.

Semasa mendaftar, anda perlu mendepositkan sekurang-kurangnya RM20 dari bank lain yang berdaftar atas nama anda. Perlu diingat bahawa Bank Aeon memerlukan baki minimum RM20 pada setiap masa. Ini bermakna jika anda mempunyai baki RM100, anda hanya boleh belanja sehingga RM80.

Juga dinyatakan bahawa jika akaun Simpanan Account-i anda ditutup dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka, bayaran sebanyak RM20 akan dikenakan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah mencipta profil dengan AEON Bank dan sahkan identiti anda untuk mendaftar untuk Akaun Simpanan-i.

Sekiranya anda menepati kriteria kelayakan akaun AEON Bank, pengesahan akan mengambil masa antara 5 minit hingga ke 1 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dah cuti umum). Anda akan menerima pemakluman menerusi aplikasi AEON Bank apabila Akaun Simpanan-i anda telah diluluskan.

Setelah pendaftaran berjaya, Akaun Simpanan-i anda akan dibuka dan pemberitahuan akan dihantar kepada anda melalui aplikasi perbankan mudah alih AEON Bank untuk mengesahkan pendaftaran

Langkah terakhir dalam proses daftar AEON Bank adalah melakukan pengesahan pemindahan dana untuk mengaktifkan akaun simpanan AEON anda.

Setelah pengesahan berjaya dan pemindahan awal ke Akaun Simpanan-i anda, akaun anda akan diaktifkan.

NOTE: Selepas pendaftaran, anda boleh memilih untuk mendapatkan Kad Debit-i Aeon Bank Visa fizikal yang kini ditawarkan secara percuma dan menyokong Visa Paywave. Sebagai sebahagian daripada tawaran pengenalan mereka, Aeon Bank akan mengecualikan bayaran kad sebanyak RM12 dan kad akan dihantar ke alamat yang didaftarkan anda.

Kad Debit Visa Aeon Bank ini juga tidak mempunyai nombor kad 16-digit, tarikh luput, dan CVV seperti biasa yang dicetak pada kad. Satu-satunya butiran peribadi adalah nama pemegang kad pilihan anda yang dicetak di bahagian belakang kad.

Cara daftar akaun aeon bank

Produk dan Perkhidmatan

Buat masa ini,pihak Aeon Bank menawarkan Akaun Simpanan-i dengan ciri Savings Pot, Kad Debit-i, dan AEON Points Programme.

AEON Points Programme adalah program keahlian yang membolehkan ahli memperoleh mata ganjaran & menebusnya di kesemua Kumpulan AEON dan diselaraskan antara AEON Bank dan AEON Wallet.

Program ini dikendalikan oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

Download dan Muat turun Aplikasi AEON Bank

Segala urusan pendaftaran dan transaksi hanya boleh di lakukan melalui aplikasi ini.Boleh muat turun melalui pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.