Cara Membuat Permohonan Rayuan STR 2024 – Kementerian Kewangan telahpun memulakan proses pembayaran berperingkat untuk STR Fasa 3 sejak 29 Ogos 2024.
Bantuan ini disalurkan mengikut kriteria kelayakan yang telah ditetapkan kepada para penerima.
Pembayaran dilakukan secara automatik dan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.
Permohonan Rayuan STR 2024
Untuk membuat rayuan sekiranya status permohonan anda tidak lulus, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR), atau
Permohonan rayuan boleh dilakukan secara dalam talian atau dengan mengisi borang kertas secara manual di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan kawasan anda.
Sila ikuti pautan yang disediakan untuk proses permohonan rayuan anda secara dalam talian.
Berikut dikongsikan pautan untuk permohonan rayuan dalam talian : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2024
- Isi Rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 akan menerima sebanyak RM150 – RM650 ;
- Isi Rumah yang berpendapatan RM2501-RM5000 akan menerima sebanyak RM150-300 ;
- Warga Emas yang tiada pasangan akan menerima sebanyak RM150 ;
- Bujang akan menerima sebanyak RM50.
Cara Membuat Permohonan Rayuan STR 2024
- Secara Dalam Talian
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke cawangan LHDN yang berhampiran.
Cara Membuat Permohonan Rayuan Secara Dalam Talian
- Layari portal Rasmi STR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan no Mykad kemudian klik ‘Log Masuk’
- Sahkan kunci keselamatan anda
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik ‘Semakan Permohonan” untuk mengetahui status permohonan anda.
- Sekiranya permohonan ‘Tidak Lulus’, sila rujuk Kod Alasan Tidak Lulus STR kemudian muatnaik dokumen yang diperlukan untuk permohonan
- Untuk membuat rayuan, klik bahagian ‘Permohonan Semakan Rayuan Semula (Rayuan) pada menu utama.
Semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus boleh membuat Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian kecuali mereka dengan Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Pembayaran Fasa 3 STR 2024 untuk Penerima Permohonan Baharu dan Semakan Semula (Rayuan) akan bermula pada 18 September 2024 dan akan disalurkan secara berperingkat.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.