Skip to content

Cara Dapat Digital HSO Dan RO MySejahtera

  • Info

Apakah Sijil Digital HSO dan RO

Sijil digital HSO ialah Home Surveillance Order dimana surat kuarantin kendiri secara digital dalam aplikasi MySejahtera yang dipaparkan untuk pengesahan tempoh kuarantin.

Ini kerana tiada lagi surat fizikal dan tidak perlu lagi surat Annex14 yang perlu diambil di Fasiliti Kesihatan.

Manakala RO pula adalah ringkasan bagi terma Release Order yang juga dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera sebagai sijil digital.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil kira sekiranya anda dikenakan perintah kuarantin diri.

Untuk makluman sijil digital HSO ini dikeluarkan sewaktu anda terkena jangkitan Covid-19, ataupun anda adalah kontak rapat pesakit Covid-19, ataupun hal-hal sepertinya.

Jika anda adalah kontak rapat pesakit Covid-19 akan tetapi anda tidak bergejala dan aplikasi MySejahtera anda berwana kuning maka anda boleh lihat tips ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Cara Dapatkan Surat Kuarantin Kendiri (Digital HSO) Di MySejahtera

Berikut merupakan cara untuk dapatkan surat kuarantin kendiri (digital HSO) di MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik Close, dan pada menu utama klik pada ‘COVID-19 Status’.
  3. Tekan butang start dan jawab semua soalan
  4. HSO digital akan diberikan kepada anda
  5. Status anda akan bertukar merah dan MySejahtera akan menunjukkan tempoh kuaratin
  6. Tangkap layar atau (Screenshot) HSO untuk simpanan anda atau diberikan kepada majikan sebagai pengesahan
  7. Selesai sahaja tamat tempoh mejalani kuaratin, anda akan diberikan pelepasan RO (Release Order) Digital melalui MySejahtera (dalam masa 24 jam)
  8. Tangkap layar atau (Screenshot) HSO untuk simpanan anda

Nota umum: Anda dikehendaki menjawab soalan HAT setiap hari sepanjang tempoh kuarantin sehingga tamat masa kuarantin.

Surat Pelepasan Kuarantin (RO)

Surat pelepasan kuarantin juga akan dapat secara digital aplikasi MySejahtera setelah anda tamat menjalani tempoh kuarantin.

Sijil Digital HSO dan RO dalam MySejahtera

Semua majikan diseru agar menerima pakai digital HSO dan RO. Sijil digital HSO dan RO adalah sah laku di bawah Akta 342.

Individu yang diberi sijil digital HSO (Home Surveillance Order) dan RO (Release Order) perlu melakukan salinan paparan skrin atau screenshot pada sijil digital HSO dan RO untuk makluman lanjut pihak majikan atau pihak berkaitan.

Perkara tentang sijil digital HSO dan RO ini disebut dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan pads 24 Februari 2022.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.