Skip to content

Cara Daftar MySPP 2024: Mohon Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

  • Info

Cara Daftar MySPP Untuk Mohon Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) -SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Peranan SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :

  1. Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  2. Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  3. Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  4. Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  5. Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  6. Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.

Cara Daftar mySPP 2.0 (Versi Baru 2024)

Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah berikut:

1. Pendaftaran Baharu

Sila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/

Anda akan dibawa ke halaman berikut.

Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’

2. Isi Maklumat

Pastikan semua medan bertanda * diisi.

Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.

Skrin Maklumat Pra Pendaftaran Baru Pemohon dipaparkan:

Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor Kad Pengenalan dan Nama mestilah sama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan.

Alamat E-mel yang dimasukkan mestilah akaun emel yang sah dan aktif dan belum pernah digunakan bagi pendaftaran mySPP.

3. Klik Hantar

Setelah selesai memasukkan semua medan, klik butang Hantar.

4. Pengaktifan Akaun

Penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Sila semak semula medan-medan berkaitan sekiranya ralat berikut dipaparkan:

5. Log Masuk

Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.

Setelah anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.

Jadi, kena sentiasa alert jika ada sebarang pengumuman / hebahan jawatan ya!

Rujuk panduan penuh dalam manual berikut:

Panduan Pengguna mySPP 2.0 (Versi Baharu 2023) :

Panduan Pengguna MySPP 2.0 [DOWNLOAD] 

Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan MySPP Online

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP.

Pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.

Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk Portal MySPP
  2. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  3. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  4. Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.
  5. Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.
  6. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
  7. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
  8. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  9. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
  10. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.

Manual Pengguna PDF [DOWNLOAD]

Cara Membuat Semakan Status Permohonan

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php

Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.

Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

  • Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
  • Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian.

*Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Semakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dengan pelantikan COS boleh dibuat melalui pautan berikut : https://www.spp.gov.my

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi

SOALAN LAZIM : https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php?pages=faq

Infografik : https://myspp.spp.gov.my/myspp/upload_doc/pendaftaran.pdf

Talian Hotline mySPP :

Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Cara Daftar MySPP 2024: Mohon Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan”

Comments are closed.

Exit mobile version