Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disarankan untuk segera membuat Penamaan KWSP bagi memudahkan waris pencarum mewarisi simpanan tersebut tanpa sebarang masalah.
Namun, jika pencarum tidak membuat Penamaan KWSP, para waris pencarum mengalami kesukaran untuk mengeluarkan simpanan tersebut pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, pihak KWSP mengalu-alukan pencarum KWSP membuat penamaan segera bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.
Kepentingan Penamaan
Kepentingan penamaan ini adalah untuk memastikan perkara ini berlaku:
- Memudahkan waris menguruskan simpnanan KWSP selepas ahli meninggal dunia.
- Memudahkan proses pengeluaran kematian dibuat oleh waris yang dinamakan.
- Memendekkan proses pengeluaran.
- Memudahkan penama membahagikan simpanan ahli mengikut undang-undang Islam.
- Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah.
- Memastikan waris mewarisi simpanan pencarum.
- Memupuk nilai-nilai murni serta kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Kelayakan Penamaan
Syarat kelayakan yang membolehkan seseorang membuat penamaan adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
Proses Penamaan
Proses penamaan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
i) Situasi 1
ii) Situasi 2
Status Penamaan
Status penamaan adalah bergantung kepada situasi berikut:
i) Sebelum 1 Januari 2017
- Penama berumur 18 tahun ke atas
- Permohonan pengeluaran boleh dibuat bila-bila masa.Penama layak memohon.
- Bayaran akan di buat kepada Penama.Penama berumur 18 tahun ke bawah-Permohonan pengeluaran boleh dibuat bila-bila masa.
- Penama layak memohon apabila mencapai umur 18 tahun.
- Bayaran akan di buat kepada Penama.
ii) Selepas 1 Januari 2017
- Penama berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon pengeluaran boleh dibuat bila-bila masa.
- Pemohon layak memohon.
- Bayaran akan di buat kepada Penama.Penama berumur 18 tahun ke bawah-Pemohon pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa.
- Penama layak memohon apabila mencapai umur 18 tahun.
- Ahli boleh melantik ARB sebagai Pemegang Amanah bagi waris yang berumur 18 tahun ke bawah.
Cara Membuat Penamaan
Penamaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/member/nomination.
- Klik butang ‘Muat Turun Borang Penamaan.’
- Isi borang penamaan tersebut.
- Hantar borang tersebut ke pejabat KWSP yang berhampiran.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Penamaan KWSP, layari laman web https://www.kwsp.gov.my/.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.