Amanah Saham Nasional Berhad atau ASNB telah membuat pengumuman tentang dividen bagi tahun 2022 dan apa yang lebih menarik, mereka turut mengumumkan bonus tambahan buat para pelabur.
Dividen ASB bagi tahun 2022 diumumkan sebanyak 3.35 sen seunit dan ditambah juga dengan bonus sebanyak 1.25 sen seunit manakala bonus tambahan pula 0.50 sen seunit.
Jika ditambah semua jumlah, ia seakan 5.1 sen seunit. Oleh itu, pengumuman tersebut sekaligus membuatkan sesetengah individu membuat andaian bahawa dividen ASB bagi tahun ini adalah 5.1 sen seunit atau 5.1 peratus.
Namun, sebenarnya bonus tambahan yang diumumkan hanyalah diberikan buat 30,000 unit pertama sahaja. Sementara pemilikan unit melebihi 30,000 pula tidak akan diberikan bonus tambahan.
Merujuk kepada perkara itu, berikut adalah contoh pengiraan dividen ASB 2022 dan contoh kiraan perbezaan pendapatan dividen buat jumlah pemilikan pelabur yang berbeza.
Cara pengiraan pengagihan pendapat unit amanah di laman ASNB sedikit berbeza buat mereka yang mengeluarkan modal pegangan ASB sepanjang 12 bulan terakhir.
Sebagai contoh, jika ada telah mengeluarkan wang sebanyak RM30,000 selama empat bulan daripada RM100,000 pegangan unit amanah sebelum memasukkan wang itu semula, jadi jumlah baki minimum pada bulan berkenaan iaitu sebanyak RM70,000 akan diambil kira bagi empat bulan tersebut.
Cara Pengiraan Dividen ASB
Bagi anda yang melabur dalam ASB, berikut cara pengiraan dividen ASB yang bakal anda terima:
- Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
- Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
- Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.
Contoh 1
Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.
Cara kiraannya adalah seperti berikut
= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)
= RM600
Contoh 2
Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun.
Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.
Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :
= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)
= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325
Cara Keluarkan Duit ASB
Dan tahukah anda kini anda boleh mengeluarkan duit ASB secara online sebanyak RM500 sebulan.
Segalanya boleh dibuat melalui aplikasi MyASNB.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai dividen ASB 2022, sila layari laman web https://www.asnb.com.my/.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.