Cara Bayar Cukai Tanah online. Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan kepada tanah persendirian dan di bayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebanyak sekali setahun.
Kebiasaannya bil yang sampai ke rumah adalah berwarna kuning. Cukai tanah hendaklah di bayar bermula dari Januari sehingga 31 Mei pada tahun semasa.
Jika anda terlambat bayar mulai 1 Jun, bil di kenakan tunggakan dan denda mengikut kadar tetapan yang telah di buat. Untuk makluman, sekarang pembayaran boleh di lakukan dengan mudah secara di atas talian tanpa ke kaunter.
Cukai Tanah
Cukai Tanah ditafsirkan sebagai “sewa” di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai:
- i) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
- ii) apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang, mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklan dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
- iii) apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.
Cara pembayaran Cukai Tanah
Kaedah pembayaran di setaip negeri boleh di lakukan melalui :
- Kaunter hasil Pejabat Pengarah dan Galian Negeri
- Kaunter hasil mana-mana Pejabat Tanah Daerah
- Kaunter hasil cukai tanah di UTC
- Pembayaran secara online
Penghantaran Bil Cukai Tanah
Penghantaran bil cukai tanah adalah peringatan untuk pemilik supaya membayar sebelum tarikh tertentu sebelum di kenakan denda.Bagi pemilik yang tidak menerima bil ini,anda boleh dapatkan di Bahagian Hasil Pejabat Tanah di kawasan anda dengan dengan:
- Resit lama hakmilik
- Nombor Hakmilik, Jenis hakmilik (cth: HSD, GRN), Mukim/ Bandar/ Pekan
- Kad Pengenalan Pemilik (MyKad)
Alamat adalah untuk surat menyurat dan masih tertakluk pada nama Tuan Punya Tanah berdaftar masih dirujuk pada surat Hakmilik.
Cara Bayar Cukai Tanah online
Pembayaran cukai tanah boleh di lakukan secara online mengikut negeri masing-masing melalui pautan berikut:
- Selangor
https://ehasil.selangor.gov.my/app/search - Kuala Lumpur
https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml - Johor
https://johorpay.johor.gov.my/ - Pulau Pinang
https://ebayar.penang.gov.my/ - Pahang
https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php - Kedah
https://ebayaran.ptgkedah.gov.my/ - Terengganu
http://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php - Kelantan
https://hasiltanah.kelantan.gov.my/ - Perak
https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml - Perlis
https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/ - Negeri Sembilan
https://ptgns.ns.gov.my/ - Melaka
https://ebayar.melaka.gov.my/ - Sabah
http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my/
Semakan Pembayaran Cukai Tanah
Untuk semakan pembayaran, anda boleh tunjukkan Resit Pembayaran tahun lepas atau Surat Hakmilik/Geran.Resit pembayaran hendaklah di tunjukkan untuk urus niaga tersebut.
Bagi pemilik cukai tanah yang ada tunggakan,anda boleh mohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran.Bayaran ansuran ini diberikan berdasarkan alasan yang munasabah dan dirasakan perlu.
Ansuran ini hendaklah di bayar sepenuhnya dalam masa yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah.Jika gagal menjelaskan pembayaran,tindakan perampasan diambil tanpa apa-apa notis.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
Pejabat Tanah negeri masing atau
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.