BUDI Madani 2025 Tarikh Bayaran RM200 – BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.
Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
BUDI Madani
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Terdapat 3 kategori penerima iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.
Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Tarikh Bayaran BUDI MADANI 2025
Bagi mereka yang telah diluluskan, pembayaran bagi tahun 2025 akan bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Tarikh bayaran BUDI MADANI bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
Tarikh Pembayaran Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI bagi Tahun 2025
BUDI Individu
BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.
Permohonan baru untuk BUDI Individu untuk tahun 2025 setakat ini belum diumumkan lagi.
Syarat Permohonan BUDI Madani (Individu)
Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
Cara Permohonan
Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di dengan kaedah berikut:
- Mendaftar akaun pengguna
- Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
- Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
- No. Mykad
- No. Telefon Bimbit Nama Bank
- No. Akaun Bank
- Alamat e-mel
- Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
- Jenama / Model Kenderaan
- Kelas Kegunaan Kenderaan
Semakan Kelayakan / Permohonan
Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.
Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan.
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Penerima akan menerima bantuan tunai berjumlah RM200 pada melalui akaun bank penerima.
Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Jumlah / Kaedah Pembayaran
Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.
Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Untuk makluman, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Maklumat Lanjut
Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:
- Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
- Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
- Alamat e-mel : budimadani@treasury.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.