BUDI MADANI 2024 – Permohonan program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian, petani dan pekebun kecil komoditi telah dibuka.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penerima yang layak akan menerima Budi Madani sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pada Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Katanya, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Terdapat dua kategori yang diperuntukkan iaitu BUDI Individu untuk pemilik diesel dan BUDI Agri-Komoditi bagi petani kecil serta pekebun kecil.
Sebelum itu, anda perlu mengetahui terlebih dahulu kriteria calon yang layak untuk menerima sumbangan BUDI individu dan BUDI Agri-Komoditi:
Kriteria kelayakan BUDI Individu
1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
2. Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
3. Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif.
4. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.
Kriteria kelayakan BUDI Agri-Komoditi
1. Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
2. Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.
Setiap permohonan yang diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20).
Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang akan dibuka sepanjang tahun bermula hari ini.
a. Mendaftar akaun pengguna.
b. Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu.
c. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:-
i. No. Mykad
ii. No. Telefon Bimbit
iii. Nama bank
iv. No. Akaun Bank
v. Alamat e-mel
d. Selepas itu, masukkan pula Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:-
i. Nombor Pendaftaran Kenderaan
ii. Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
iii. Jenama/Model Kenderaan
iv. Kelas Kegunaan Kenderaan
Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama mereka menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.
Manakala bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima BUDI MADANI pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.
Selepas itu, BUDI MADANI ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut atau mengalami masalah berkaitan bantuan ini, bolehlah layari laman rasmi BUDI MADANI atau hubungi talian BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau secara e-mel di alamat [email protected].
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.