Skip to content

BLP Bantuan Kewangan RM200 Untuk Belia

BLP Bantuan Kewangan RM200 Untuk Belia. Kerajaan Malaysia sehingga kini sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas. Ianya bertujuan agar setiap individu tersebut dapat menjalani kehidupan dengan serba cukup tanpa mengira usia.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan dalam membantu setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Banyak jenis bantuan yang boleh anda dapatkan daripada JKM ini. Namun kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda salah satu bantuan tersebut iaitu Bantuan Latihan Perantis (BLP). Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BLP Bantuan Kewangan RM200 Untuk Belia

Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini bagi membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KADAR BAYARAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS

Individu yang mengikuti program ini, mereka akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM200 sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, antaranya :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
  3. Kes-kes seliaan
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MOHON BLP

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan bagi setiap permohonan :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / anak
  • Salinan sijl kelahiran anak-anak yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji
  • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Sekiranya dokumen sokongan yang disebutkan diatas telah lengkap, anda diminta untuk menghantar permohonan anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian ataupun yang berhampiran kawasan anda. Apa yang penting, anda diminta untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap dan tepat supaya tiada kekeliruan bagi pihak yang berwajib. Sila muat turun borang permohonan di bawah :

JKM 18  – BORANG PERMOHONAN BANTUAN
JKM 20 – BORANG KAJI SEMULA BANTUAN

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version