Untuk makluman para pembaca laman ini, BKM ni adalah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M sebanyak RM1,200 dan BSH sejumlah RM1,480.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai dari pihak Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
BANTUAN 1 KELUARGA RM700 – RM900
Berikut adalah maklumat mengenai syarat kelayakan sekiranya isi keluarga tersebut layak menerima bantuan tersebut :
Bayaran RM700
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 500
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 700
Bayaran RM900
Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 800
- 3-4 Anak – RM 900
SEMAKAN BKM FASA 3
Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :
- https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik semakan Status
- Paparan kelayakan akan dipaparkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Penerima BPR/ BKM layak dapat bantuan ini secara automatik, maklumat tersebut akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
Semakan status boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
Penerima yang layak akan diberi notifikasi melalui SMS. Jika anda tidak dapat sebarang SMS, anda boleh menghantar e-mel di [email protected] atau hubungi 1-300-888-938
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.