Skip to content

Bella Kunci Mulut Didakwa Sudah Berbaik Dengan Aliff

Melalui laporan Hib Glam, pelakon dan penyanyi dikenali ramai iaitu Bella Astillah enggan menjawab soalan berkaitan dengan hubungan bersama suami, Aliff Aziz ketika ini.

Susulan dakwaan mengatakan kedua-duanya sudah berbaik, Bella memilih untuk ‘mengunci’ mulutnya.

Bagaimanapun, pengurus aktres terbabit, Umi berkata pihak mereka akan menjawab segala persoalan berkaitan dengan Aliff selepas selesai kes mahkamah antara mereka berdua.

Kerana kes mahkamah pasangan itu ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun, ramai yang mendakwa hubungan Bella dan Aliff sudah kembali pulih.

Pun begitu, pengurus Bella, Umi Atiqah berkata, segala dakwaan akan dijawab tuan badan selepas kes mahkamah antara Bella dan suami selesai.

“Maaf, selesai semua (kes mahkamah) baru kami jawab,” kata pengurusnya kepada HibGlam.

Ditemui pada Malam Gala Ibu Inspirasi Nona, Bella atau atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31,  terus bergegas pulang sebaik selesai menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona – Ibu Ikon Gen Z, malam tadi.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu sedia berkongsi perkembangan karier seni yang semakin menyinar baik dalam arena nyanyian mahupun lakonan.

Kata Bella, dia bakal muncul dengan lagu baharu yang liriknya ditulis sendiri ciptaan komposer Sharon Paul dalam masa terdekat.

Sekadar info, isu rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies di sebuah kondominium 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan cerai terhadap di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.