Belanjawan 2025 Senarai Bantuan Dan Inisiatif Pendidikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat telah membentangkan Belanjawan 2025 yang bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.”
Berikut adalah senarai ringkas bantuan dan inisiatif berkenaan pendidikan di dalam belanjawan 2025.
Belanjawan 2025
Belanjawan untuk Tahun 2025 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2025.
Belanjawan yang dibentangkan tersebut merangkumi 3 inisiatif utama iaitu:
- Inisiatif untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat
- Pengagihan hasil negara secara adil dan menyeluruh
- Memperkukuh ekonomi
Selain itu, belanjawan pada kali ini menarik kerana ianya adalah terbesar dalam sejarah melalui peruntukan keseluruhan sebanyak RM421 bilion meliputi:
- RM335 bilion belanja mengurus
- RM86 bilion belanja pembangunan
Kerangkanya belanjawan ini diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI bagi menstruktur semula ekonomi negara ke tahap lebih baik.
Jumlah Peruntukan Pendidikan
Untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat kenaikan jumlah peruntukan berbanding 2024 iaitu RM64.1 bilion pada tahun 2025 berbanding 58.7 bilion pada tahun 2024.
Untuk Kementerian Pendidikan Tinggi pula, kementerian ini menerima peruntukan sebanyak RM18.1 bilion pada tahun 2025 dan ianya meningkat berbanding RM16.3 bilion pada tahun 2024.
Berikut merupakan senarai bantuan atau inisiatif pendidikan dalam belanjawan kali ini:
- RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.
- RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur termasuklah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan Khas Orang Kurang Upaya (OKU).
- RM1 bilion bagi menaik taraf prasaran daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.
- RM100 juta disediakan untuk Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke sekolah-sekolah luar bandar bagi memastikan capaian internet tersedia.
- RM800 juta untuk Project Point of Presence (POP).
- RM100 juta bagi kerja baik pulih kemudahan sekolah seperti kantin dan tempah beribadah.
- RM5.3 bilion disediakan untuk 17 jenis bantuan pendidikan.
- RM2 bilion bagi bantuan makanan asrama.
- RM870 juta diperuntukkan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan 860,000 murid.
- RM800 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan yang bakal memberi manfaat kepada 5.2 juta murid melibatkan murid tahun 1 sehingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
- RM180 juta untuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
- RM4 bilion disediakan untuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan.
- 50% biasiswa bakal diperuntukkan untuk keluarga pendapatan rendah.
- RM500 juta dana pembiayaan pendidikan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di IPTA.
- Pembukaan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM50 secara percumakepada 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pengajian tinggi.
- RM635 juta untuk menambah baik prasarana, mengganti peralatan usang dan meluas capaian internet di semua universiti awam.
- Subsidi pendidikan akan dikurangkan secara berperingkat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA) bagi kumpulan pendapatan 15% ke atas (golongan kaya).
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.