Bayaran STR Fasa 4 Dah Mula Diagihkan – Bayaran akhir STR 2024 bermula hari ini 7 November 2024 secara berperingkat kepada 8.7 juta penerima.
Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan ‘one-off’ SARA kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024 (Isnin) secara berperingkat.
Manakala baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024).
Program bantuan yang bernilai RM1.5 bilion ini adalah bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dengan memberikan sokongan kewangan yang dapat meringankan beban mereka.
PENGGUNA BANK BSN TERIMA BAYARAN AWAL
Seperti kebiasaannya, bayaran bantuan tunai STR ini akan dikreditkan lebih awal sehari kepada pengguna Bank Simpanan Nasional (BSN) berbanding bank-bank yang lain.
Sejak semalam melalui perkongsian di Facebook, segelintir penerima STR yang menggunakan bank BSN mendakwa bahawa bayaran STR Fasa 4 ini telah mula dikreditkan ke akaun mereka.
KADAR BAYARAN STR FASA 4
Tarikh bayaran STR Fasa 4 adalah mulai 7 November 2024 (Khamis) secara berperingkat.
Kadar bayaran STR Fasa 4 adalah seperti berikut:
- KATEGORI PENERIMA ISI RUMAH / BERKAHWIN
- RM150- RM700
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM150
- BUJANG
- RM100
SEMAKAN STATUS STR FASA 4
Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR Fasa 3 2024, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nom MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan
- StatusMaklumat yang akan dipaparkan
- Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jika Ada)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my dan semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.