Skip to content

BAYARAN STR FASA 3 TELAH DIKREDITKAN

BAYARAN STR FASA 3 TELAH MULA DIKREDITKAN – Sejak semalam 29 Ogos penerima STR yang layak telah mula menerima bantuan STR Fasa 3.

PROGRAM STR adalah sumbangan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah perlaksanaan Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan media laman sosial Kementerian Kewangan mengumumkan hal ini. Infomasi mengenai STR Fasa 3 ini boleh diakses di halaman rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Selaras dengan itu, sedikit maklumat mengenai STR boleh dibaca di halaman ini.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR Fasa 3) 2024

STR 2024 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini.

Kategori Penerima STR 2024

Berikut adalah kategori penerima STR 2024 yang ditetapkan :

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
  • Warga Emas Bujang
  • Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
Keratan Jadual Bayaran STR dari HASiL

Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 3 2024

Pembayaran STR Fasa 3 akan disalurkan mulai 29 Ogos 2024 (Khamis) kepada penerima sedia ada.

Penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu).

Status kelayakan STR dibuka untuk semakan mulai 29 Ogos 2024 dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di halaman rasmi Bantuan Tunai HASiL.

Kenyataan rasmi melalui sosial media Kementerian Kewangan.

Kadar Bayaran STR Fasa 3 2024

  1. Kategori penerima isi rumah ≤ RM2500 sebanyak RM150 – RM650
  2. Kategori penerima isi rumah RM2501 – RM5000 sebanyak RM150 – RM300
  3. Kategori penerima warga emas tiada pasangan sebanyak RM150
  4. Kategori penerima bujang sebanyak RM50

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Fasa 3

Semakan status pembayaran Fasa 3 DIJANGKA boleh dibuat selepas diumumkan melalui halaman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

Cara semakan ada seperti berikut.

Login STR

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Isikan No Kad Pengenalan.
  3. Tekan butang Log Masuk.
  4. Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
  5. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.

Lupa Kata Laluan STR

Jika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  3. Nombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.
  4. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
  5. Klik butang SETERUSNYA.
  6. Kata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  7. Jika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.
  8. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  9. Klik butang SETERUSNYA.
  10. Isi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.
  11. Klik butang TUKAR KATA LALUAN.
  12. Tukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.

Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran

Bagi STR Fasa 3 2024, penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai OGOS 2024, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia.

Iklan

Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Bermula Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version