Bayaran Kedua Bantuan Khas RM2500 Dikredit Hujung Bulan Ini – Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan atau BKK sebanyak atu bulan setengah gaji atau minimum RM2500.
Sesuai dengan usaha membantu rakyat, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 mengikut negeri.
Bantuan Khas RM2500
Perkara sama juga telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Belanjawan Negeri 2024. Ini kerana, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan atau BKK sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.
Bantuan ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri sebagai tanda menghargai mereka yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
Untuk makluman, seramai 6,662 penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri akan menerima bantuan khas berkenaan.
Bayaran Bantuan Khas
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Oleh itu, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik.
Pembayarannya pula akan dibuat secara dua peringkat iaitu pada hujung bulan Februari dan hujung Mac 2024. Tarikh itu dipilih sebagai persediaan pembukaan sekolah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga telah memperkenalkan sumbangan RM500 kepada golongan belia di negeri itu yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama.
Malah, warga emas berumur 70 tahun ke atas di negeri berkenaan juga layak menerima sumbangan keceriaan tahunan sebanyak RM200 secara ‘one-off’.
Maklumat Lengkap Belanjawan Negeri Sembilan
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.