Kerajaan mempercepatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18 November ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 tersebut adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November ini.
Menurutnya, pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.
“Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.
“Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar Ismail Sabri, semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 4
Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori?
Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut.
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300
ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300
iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300
iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada
v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150
Seperti sebelum ini, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.