Batuk kokol penyakit pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.
Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.
Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Batuk Kokol Penyakit Pertussis
Batuk kokol atau penyakit pertussis (whooping cough) adalah jangkitan bakteria akut melibatkan saluran pernafasan. Jangkitan Pertussis melibatkan sekurang-kurangnya 20 juta kes di seluruh dunia. Anggaran 90% daripada kes tersebut berlaku di negara membangun dengan 200,000 hingga 300,000 kematian setiap tahun.
Agen penyebab: Bordetella pertussis.
Cara jangkitan: Melalui udara daripada pernafasan orang yang dijangkiti.
Tempoh pengeraman: Lazimnya antara 9 hingga 10 hari dengan julat antara 6 hingga 20 hari.
Pertussis boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia. Namun, bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Tanda dan gejala
Bermula dengan batuk gatal dan lama kelamaan menjadi batuk berulang (paroxysmal), biasanya dalam tempoh 1 hingga 2 minggu dan berlarutan sehingga 1 hingga 2 bulan atau lebih.
Tanda paroxysms adalah batuk berulang yang berterusan dan teruk. Setiap siri paroxysms boleh menyebabkan pesakit menjadi kebiruan (cyanosis) kerana tidak sempat bernafas.
Kahak batuk selalunya berwarna jernih. Batuk juga boleh disusuli oleh muntah.
Seseorang yang dijangkiti bakteria Pertussis boleh menularkan jangkitan kepada orang lain dalam tempoh dua minggu pertama gejala batuk bermula.
Komplikasi
Pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian boleh berlaku.
Kekurangan zat, hilang berat badan merupakan komplikasi akibat muntah yang berulang.
Sawan juga boleh berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak berikutan batuk yang berterusan tanpa sempat bernafas.
Simptom-simptom batuk kokol
Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.
Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selesema.
Anda boleh mendapat:
- Hidung berair
- Hidung tersumbat dengan mukus
- Mata merah dan berair
- Demam
- Batuk
Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:
- Merangsang untuk muntah;
- Menyebabkan muka menjadi merah atau biru;
- Menyebabkan kepenatan melampau;
- Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.
Bayi berkemungkinan tidak batuk. Mereka mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.
Rawatan
Seseorang yang mengalami gejala perlu mendapatkan rawatan. Rawatan khusus termasuk antibiotik seperti Erythromycin, Clarithromycin atau Azithromycin untuk memendekkan tempoh jangkitan.
Pencegahan
Pelalian merupakan cara pencegahan yang berkesan dan selamat.
Pelalian menggunakan vaksin Pertussis.
Sekurang-kurangnya 3 dos dan diberikan secara suntikan. Di Malaysia, pelalian diberikan kepada bayi sebanyak 4 dos mengikut Jadual Program Imunisasi Kebangsaan.
Pelalian diberi pada umur 2, 3 dan 5 bulan serta dos tambahan (booster) pada umur 18 bulan.
Seseorang yang mempunyai gejala batuk perlu mengamalkan adab batuk (menutup mulut ketika batuk) dan mencuci tangan selepas batuk bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain. Seseorang yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi memandangkan bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Pertussis.
Apa gaya hidup yang perlu diamalkan dam rawatan sampingan untuk cegah batuk kokol?
Jawapan: Minum air secukupnya. Air , jus dan sup amat disarankan.
Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk.
Bersihkan udara perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.