Bantuan Zakat dan Bantuan Kewangan Bulanan di bawah Skim Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Terdapat pelbagai bantuan yang boleh dimohon oleh golongan asnaf yang menetap di wilayah persekutuan.
Bantuan Ramadhan sebanyak RM500 telah disalurkan kepada penerima golongan asnaf bermula 27 Mac 2023.
Bantuan Ramadhan ini disalurkan dan dilaksanakan secara berperingkat bermula 27 Mac 2023.
Sedikit informasi dari pihak Mynewskini kongsikan berikut mengenai pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Bantuan Zakat MAIWP
Bantuan zakat ini adalah satu bantuan kewangan secara bulanan yang diberikan kepada goolongan Asnaf bagi setiap negeri persekutuan di Malaysia.
Berikut adalah jenis bantuan Pembangunan Asnaf:
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Bantuan Aidilfitri
- Bantuan Khairat Asnaf
- Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
- Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
- Bantuan Guaman Syarie
- Bantuan Perkahwinan
- Bantuan Kecemasan
- Bantuan Musibah
- Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
Untuk jenis bantuan lain anda boleh layari di https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/bz
Syarat Umum Permohonan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah
MUAT TURUN BORANG DAN SENARAI SEMAK
1. Borang Bantuan Umum
2. Senarai Semak
Pembangunan Asnaf
- Skim bantuan Kewangan Bulanan
- Skim bantuan Aidilfitri
- Skim Bantuan Takaful Asnaf
- Skim bantuan Menyelesaikan Hutang
- Skim bantuan Perubatan ( Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,Am dan Khas kanak-kanak OKU )
- Skim bantuan Guaman Syarie
- Skim bantuan Perkahwinan
- Skim bantuan Kecemasan
- Skim bantuan Musibah
- Skim bantuan Tambang dan Keperluan Diri
Perlindungan
- Skim bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
- Skim bantuan Membina Rumah / Membaiki Rumah
- Skim bantuan Deposit Pembelian Rumah
Ekonomi
- Skim bantuan Perniagaan
- Skim bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
- Skim bantuan Motosikal Orang Kelainan Upaya ( OKU )
- Skim bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
- Skim bantuan Deposit Van / Bas Sekolah / Lori Pick Up ( Perniagaan )
Pendidikan
- Skim bantuan Am Persekolahan
- Skim bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
- Skim bantuan Tuisyen (Wilayah Persekutuan Labuan)
- Skim bantuan Am Pelajaran IPT
- Skim bantuan Persediaan IPT
- Skim bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal ( IPB )
- Skim bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan ( PICOMS )
- Skim bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
- Skim bantuan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang (Jordan)
- Skim bantuan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang (Mesir)
Pembangunan Ummah
- Skim bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan
- Skim bantuan Institusi Tahfiz
** Diwajibkan muatturun untuk borang di no. 1 dan pilih mana-mana senarai semak yang berkaitan di no. 2.
CARA MOHON
Kepada anda yang ingin memohon bantuan ini, sila layari portal rasmi MAIWP iaitu https://www.maiwp.gov.my/ untuk tahu lebih terperinci cara memohon bantuan ini atau datang ke pejabat Baitulmal MAIWP.
Pejabat-pejabat Baitulmal MAIWP boleh dilihat di lini SINI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
bantuan bulanan