Bantuan Yuran Tadika RM50 – Kerajaan negeri Selangor berbesar hati untuk membantu anda dari segi bantuan kewangan melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).
Bagi golongan isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 dan ke bawah, ini berita baik untuk anda kerana bantuan yuran tadika diberikan oleh pihak kerajaan negeri yang anda boleh manfaatkan.
Bantuan ini sangat penting kerana ia akan meringankan sedikit beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan pendidikan awal untuk anak-anak mereka.
Bantuan Yuran Tadika
Bantuan yuran tadika ini dikenali dengan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak.
Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.
Jumlah Bantuan
Bantuan ini adalah bantuan untuk yuran tadika sebanyak RM50 setiap bulan bagi anak berumur 5 dan 6 tahun.
Syarat-Syarat Kelayakan
Bagi bantuan Tunas ini, syarat-syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan pemohon betul-betul layak untuk mendapatkan bantuan ini. Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sama ada:
- Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
- Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja
Cara Bantuan Disalurkan
Cara bantuan ini disalurkan adalah berbeza dari kebiasaan iaitu ia akan disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
Semakan Tadika Yang Berdaftar
Oleh itu, tadika yang anak anda sertai mestilah terlebih dahulu disemak untuk memastikan ia adalah tadika yang berdaftar dengan salah satu badan yang telah dinyatakan.
Untuk menyemak senarai tadika yang layak di bawah bantuan Tunas, anda boleh ke pautan berikut: https://tunas.yawas.com.my/
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan
Setiap bantuan mempunyai senarai dokumen yang diperlukan untuk melayakkan mereka menerima bantuan. Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan:
- Cetak Borang Permohonan
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak BekerjaPerlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan:
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
- Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja)
Cara Memohon
Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel pendaftarantunas@gmail.com atau alamat berikut :
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800
Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.