Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia Sehingga RM2500 – Pada tahun 2024, pihak YKM telah mula menyalurkan Bantuan Kasih YKM, iaitu bantuan tahunan kepada 515 penerima yang layak dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.1 juta setahun.
Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) merupakan sebuah organisasi kebajikan tidak berasaskan keuntungan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Kesembilan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang memberi bantuan kepada kanak-kanak yang terkesan dengan pandemik COVID-19 .
Misi utamanya adalah membantu anak-anak yatim / yatim piatu akibat pandemik COVID-19 khususnya golongan berpendapatan rendah atau B40 menerima bantuan kewangan atau bukan kewangan.
YKM juga diwujudkan sebagai platform sebagai tempat sokongan moral untuk memulihkan dan menstabilkan emosi anak-anak yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Table of Contents
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia
Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) telah ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kesembilan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 23 Oktober 2021 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 sebagai sebuah organisasi kebajikan tidak berasaskan keuntungan.
YKM ditubuhkan bagi menjaga kebajikan anak-anak yang kehilangan ibu, bapa, ibu bapa atau penjaga akibat Pandemik COVID-19 seawal usia satu hari sehingga 18 tahun atau tamat ijazah sarjana pertama.
YKM juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti khusus dalam aspek kebajikan dan pendidikan yang seterusnya akan memberi manfaat kepada penerima-penerima di bawah tanggungan YKM.
Jenis Bantuan
Terdapat beberapa jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Yayasan Keluarga Malaysia, antaranya:
Bantuan Kasih YKM
- Bantuan tahunan ini akan disalurkan secara berfasa kepada penerima yang layak mengikut kategori berikut:
- Kategori A: Sejak lahir sehingga 15 tahun – RM2,000
- Kategori B: 16 tahun sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Pertama – RM2,500
Bantuan Persekolahan
- Bantuan pendidikan sebanyak RM300 secara one-off kepada anak-anak yang masih bersekolah.
Bantuan Menara Gading
- Bantuan pendidikan sebanyak RM300 secara one-off kepada anak-anak yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.
Permohonan Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia
Pihak Yayasan Keluarga Malaysia tidak membuka permohonan untuk Bantuan YKM secara umum.
Pihak YKM mempunyai mekanisma tersendiri untuk mengenalpasti individu yang layak diberikan bantuan.
Namun, sekiranya anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM), sila rujuk bahagian laman web rasmi YKM di bawah.
Maklumat lanjut
Untuk perkembangan dan pengumuman terkini mengenai YKM, sila layari laman web rasmi dan ikuti laman media sosial di bawah:
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) seperti di bawah:
- Alamat: Aras 36, Menara Aras Raya, No 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
- No Telefon: 03-2202 7493
- Alamat Emel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.