Bantuan Warga Emas (BWE) bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
BANTUAN WARGA EMAS RM500 (BWE)
Bantuan Warga Emas RM500 adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berkenaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar yang amat memerlukan.
Bantuan Warga Emas RM500 ini adalah diperkenalkan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai insentif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat.
KADAR BANTUAN
Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang
KELAYAKAN
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
- Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
CARA MEMOHON
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada); dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.