Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir – Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan, syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 serta cara membuat permohonan.
Bantuan Wang Ihsan Untuk Mangsa Banjir
Kerajaan menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
Syarat Kelayakan
1.1 Bantuan ini terpakai bagi bencana alam utama yang pernah berlaku iaitu banjir, tanah runtuh, ribut/taufan, gempa bumi dan tsunami atau lain-lain seperti yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berdasarkan tafsiran kejadian bencana Arahan NADMA No. 1.
1.2 Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja apabila ditimpa bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).
1.3 Bagi kejadian bencana di luar musim MTL, bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja dalam tempoh tiga (3) bulan ditimpa bencana.
1.4 Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berpindah/berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Bagi kejadian bencana ribut, pemohon mestilah berdaftar dengan JPBD sekiranya tiada PPS dibuka.
1.5 Pemohon mestilah merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana yang menduduki rumah kediaman persendirian ketika kejadian bencana berlaku.
1.6 Rumah kediaman persendirian bertingkat juga layak menerima bantuan ini sekiranya terdapat unit yang didiami dan rumah tersebut tidak terjejas sama sekali atau terjejas pada unit-unit rumah yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut.
1.7 Bantuan ini diberikan bagi kejadian bencana yang berlaku berdasarkan jumlah bilangan ketua isi rumah yang didaftarkan sebanyak sepuluh (10) KIR dan ke atas dalam setiap kejadian bencana. Sekiranya terdapat kurang daripada sepuluh (10) KIR yang terjejas, bantuan ini boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah NADMA atau pihak berkuasa pengurusan bencana.
Jumlah Amaun Kelayakan
Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)
Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
*Tiada permohonan secara online.
Dokumen Yang Diperlukan
BORANG AKUAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN (PEMOHON)
Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
BORANG AKUAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN KEMATIAN (PEMOHON)
Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
BORANG AKUAN PENGESAHAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN KEMATIAN (KETUA MASYARAKAT)
Pemohon diminta untuk mencetak Borang Akuan Pengesahan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Ketua Masyarakat) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai BWI, anda boleh kemukakan pertanyaan melalui Pejabat Daerah yang berhampiran dengan rumah kediaman.
Atau boleh rujuk di portal rasmi NADMA melalui pautan berikut: https://www.nadma.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.