Bantuan Wang Ihsan (BWI) Sebanyak RM1000 – Pemohon yang layak boleh menerima bantuan sebanyak RM1000 sehingga RM5000.
Proses permohonan bantuan ini boleh dilakukan melalui platform dalam talian yang disediakan oleh pihak berkuasa.
Adalah penting bagi pemohon untuk menyemak dan memastikan semua syarat kelayakan telah dipenuhi sebelum menghantar permohonan untuk mengelakkan sebarang penolakan.
Bantuan Wang Ihsan
Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat Monsun Timur Laut atau bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
Tambahan pula, pemilik rumah yang mengalami kerosakan serius akibat banjir atau bencana alam boleh mendapatkan bantuan sehingga RM5,000.
Untuk ini, Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) disediakan dengan nilai kos kerosakan maksimum RM5,000.
Pemilik rumah yang berhasrat untuk mendapatkan BPR perlu menghantar permohonan kepada Pengerusi JPBD.
Proses verifikasi kerosakan akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), atau agensi yang dilantik.
Jumlah sumbangan ini akan ditentukan berdasarkan penilaian kerosakan oleh pihak berkuasa dan tertakluk kepada had maksimum sehingga RM5,000.
Syarat Kelayakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000
- Bantuan ini hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah yang status Warganegara Malaysia sahaja
- Setiap permohonan perlu disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa yang terjejas akibat banjir yang dimaksudkan
- Setiap rumah yang terlibat layak menerima sekali sahaja BWI tanpa mengira isi rumah atau keluarga
- Kelayakan BWI hanya sekali sahaja diberikan semasa dalam tempoh musim bencana yang telah diisytiharkan sekiranya berlaku melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana maka tiada bantuan kedua, ketiga dan seterusnya
Bagi KIR yang rumahnya terkesan oleh banjir dan telah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), tidak perlu melakukan pendaftaran BWI.
Ini kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghantar senarai nama yang terdaftar di PPS ke Pejabat Daerah.
Sementara itu, bagi KIR yang rumahnya terkesan banjir tetapi tidak berpindah ke PPS, pendaftaran BWI boleh dilakukan melalui ketua masyarakat setempat atau di Pejabat Daerah yang berdekatan.
Nota Makluman
Proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan, dan agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) adalah tanggungjawab Pejabat Daerah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Dana untuk BWI disediakan oleh Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) dan dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Namun, NADMA tidak melibatkan diri dalam proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan, atau distribusi BWI kepada penerima KIR.
Jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI)
- Rm1000 tanpa mengira jumlah isi keluarga / isi rumah
Cara-Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)
- Permohonan secara manual melalui pejabat aderah masing-masing (tiada permohonan secara dalam talian)
- Untuk mereka yang telah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara, Ketua Isi Rumah disarankan untuk berhubung dengan petugas PPS yang bertanggungjawab.
- Untuk individu yang memilih untuk tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), adalah perlu bagi mereka untuk membuat permohonan secara rasmi kepada Ketua Komuniti atau Pegawai Daerah yang bertanggungjawab.
Nota :
Kelulusan permohonan ini adalah bergantung pada pengesahan oleh Pegawai Daerah dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.