Skip to content

Bantuan Tunai RM50 setiap bulan boleh dimohon 15 Julai

Bantuan Tunai RM50 setiap bulan boleh dimohon 15 Julai ini. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online).

Berikut adalah sedikit info mengenai bantuan ini.

Bantuan Tunai RM50 Setiap Bulan

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Skim Bantuan Tadika (Tunas) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini melibatkan sumbangan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak bagi membayar yuran tidak anak-anak.

Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan TUNAS adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
  • Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.

Cara Memohon

Bagi tahun ini, permohonan Tunas dibuka mulai 15 Julai 2024. Cara memohon bantuan ini adalah secara atas talian (online) di Portal Rasmi Tunas YAWAS.

Bantuan itu kemudiannya akan terus disalurkan kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Pada tahun lalu, Tunas berjaya memberi manfaat kepada 21,236 ibu bapa di seluruh Selangor sejak program bantuan itu diperkenalkan pada tahun 2012.

Maklumat lengkap lebih berkenaan dan terperinci bagi bantuan ini boleh dirujuk DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version