Skip to content

Bantuan Tunai RM450 Sebulan Kepada EPOKU

Bantuan Tunai RM450 Sebulan Kepada EPOKU. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan EPOKU yang diperkenalkan:

Kadar Bantuan

Bantuan EPOKU yang ditawarkan adalah sebanyak RM450 sebulan

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah

Cara memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan; atau
    3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.