Bantuan Tunai RM250 Sehingga RM500 Setiap Bulan Semak Cara Mohon Di Sini

Bantuan Tunai RM250 RM500 Setiap Bulan

Bantuan Tunai RM250 RM500 Setiap Bulan – Ketahui cara untuk menerima Bantuan Tunai sebanyak RM250 hingga RM500 setiap bulan. Semak kelayakan anda dan mohon jika layak.

Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan pemberian bantuan tunai dalam rangka Belanjawan 2024 yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu anak-anak kurang mampu, yatim piatu, dan anak-anak tanpa saudara-mara agar terus hidup bermasyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Bantuan Anak Pelihara juga bertujuan untuk mengurangi beban keluarga pelihara yang sanggup mengasuh anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

KADAR BAYARAN BULANAN

Minimum RM250 seorang sebulan, maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang menjaga dua (2) orang kanak-kanak atau lebih

SYARAT KELAYAKAN

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:

        i. Kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah
        ii. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
      iii. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi
            Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran
            Pengangkatan 1952 
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:        i. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara”
          yang dikendalikan oleh JKM; atau
        ii. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah
            Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 

CARA MOHON BANTUAN

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:
            i. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan
              untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan
              bantuan kepada pemohon
          ii. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan
              yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
         i. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
        ii. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal
              bersama;
        iii. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal
              bersama;
        iv. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
         v. Lain-lain dokumen yang berkaitan

BORANG BANTUAN UNTUK MEMOHON

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan 

MAKLUMAT LANJUT

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Emel : pro_jkm@jkm.gov.my

RUJUKAN PENTING

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version