Skip to content

Bantuan Tunai RM200 Budi Madani Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan Tunai RM200 Budi Madani Dikreditkan Setiap Bulan – Pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif bantuan secara bersasar untuk golongan sasar yang memerlukan. Salah satu bantuan tersebut diterangkan seperti di bawah ini.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan bahawa penerima yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Budi Madani sebanyak RM200 sebulan.

Bantuan ini seiring dengan pengumuman dari pihak kerajaan untuk pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian, petani dan pekebun kecil komoditi.

Bantuan Tunai RM200 Budi Madani

Budi Madani merupakan salah satu wadah Kerajaan MADANI bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bantuan Tunai RM200 Budi Madani Dikreditkan Setiap Bulan

Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara. Maka, Budi Madani diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. 

Melalui penyasaran ini, kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Permohonan bantuan ini akan dibuka bermula pada Selasa (28 Mei 2024).

Senarai Kategori Penerima & Syarat Kelayakan 

Berikut merupakan senarai kategori penerima bantuan Budi Madani:

1) BUDI Individu

Kategori bantuan ini adalah bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Dengan harapan, bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

Secara terperincinyga, kriteria kelayakan Budi Individu membabitkan:

  • pemohon warganegara Malaysia
  • memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun
  • cukai jalan aktif 
  • pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 ke bawah.

2) Budi Agri-Komoditi

Kategori bntuan ini adalah bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

Secara terperincinya, bagi kelayakan Budi Agri-Komoditi, pemohon mesti berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

3) MySubsidi Diesel (Pengangkutan Darat)

Untuk kategori ini, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) telah diperkenalkan. SKDS ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”.

Program ini dijangka melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel melalui sistem MySubsidi Diesel yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Setakat ini, hampir 90,000 ‘Fleet Card’ dikeluarkan kepada syarikat di bawah sektor pengangkutan awam dan barangan darat.

Kad ini membolehkan syarikat logistik yang layak untuk membeli minyak diesel bersubsidi di stesen minyak bagi memastikan kesan kos yang minimum kepada rantaian nilai logistik serta bekalan dan secara langsung mengurangkan risiko kenaikan harga barangan.

Cara Memohon Bantuan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my/ yang akan dibuka sepanjang tahun.

Setiap permohonan yang diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi.

Tarikh Bantuan Mula Dikreditkan

Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun, pemohon akan menerima Budi Madani pertama menjelang pertengahan Jun dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun pula akan menerima Budi Madani pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

Cara Bantuan Dikreditkan

Ia akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntuntnya secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.