Skip to content

Bantuan Tunai Penghargaan RM200 Diberikan Tanpa Syarat

Bantuan Tunai  Penghargaan RM200 diberikan tanpa syarat. Pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Program i-Sejahtera iaitu merupakan sumbangan kewangan daripada kepada mereka yang layak.

Bantuan Tunai Penghargaan RM200

I-Sejahtera pada asasnya merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat negeri itu dari kalangan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.

Salah satu bantuan tunai di bawah Program iSejahtera ini adalah Program Penghargaan Warga Emas iaitu dengan kadar bantuan sebanyak RM200 setahun. Bantuan ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon mestilah meruapakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar;
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Cara Memohon

Kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat oleh pemohon sendiri atau waris mereka yang sah. Caranya adalah dengan mendaftar di bawah Program iSejahtera secara atas talian (online) di Portal Rasmi iSejahtera.

Tatacaranya dengan klik pada butang “Permohonan Baru dan Semakan Status”. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan:

  • Semak No Kad Pengenalan;
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
  • Log in Masuk menggunakan no Kad Pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan;
  • Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.

Bagi permohonan Program Penghargaan Warga Emas, dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan Waris;
  • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif;
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Kepada yang telah membuat pendaftaran, semakan boleh dibuat melalui Portal i-Sejahtera dengan klik pada butang “Permohonan Baru dan Semakan Status”. Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan log in masuk ke akaun pemohon di butang Login Pemohon.

Pembayaran bantuan-bantuan penghargaan ini akan dilakukan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonannya,pembayaran i-Sejahtera dilakukan secara tunai dan Electronic Funds Transfer (EFT). Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan untuk memilih kaedah EFT. Jika pemohon telah memilih kaedah tunai, pemohon boleh membuat pengemaskinian melalui memilih kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank yang terkini melalui sistem.

Jika pemohon tidak memiliki akaun bank, mereka boleh membuat pilihan untuk mengemukakan akaun bank bersama waris (joint account) atau membuat perakuan bagi pembayaran ke atas akaun waris yang berumur 18 tahun dan ke atas. Walau bagaimanapun, pemilihan kaedah tunai masih dibenarkan atas sebab-sebab tertentu.

Untuk makluman, pendaftaran iSejahtera perlu dilakukan sekali sahaja dan pemohon tidak perlu membuat pendaftaran pada setiap tahun.  Akan tetapi, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini akaun i-Sejahtera pada setiap tahun bagi memastikan maklumat yang dikemukakan merupakan maklumat terkini seperti no telefon, alamat, nombor akaun bank dan maklumat berkaitan bagi mengelakkan masalah untuk membuat bayaran.

Untuk maklumat lengkap tentang i-Sejahtera , ia boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version