
Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2025 – Inisiatif ini di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor telah dibuka bagi sesi persekolahan 2025/2026.
Usaha ini adalah bukti Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor.
Bantuan Sekolah Negeri Selangor
Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor telah membuka permohonan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor Tahun 2025.
Inisiatif ini di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif.

Syarat Kelayakan
- Sekolah-sekolah dibawah kategori berikut layak memohon untuk program ini.
- a) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- b) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- c) Sekolah Mubaligh
- d) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
- e) Sekolah Agama Rakyat (SAR)
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.
3. Tujuan permohonan bantuan mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina:
- 1) Kantin
- 2) Surau
- 3) Kelas
- 4) Tandas
- 5) Bumbung Bocor
- 6) Dinding
- 7) Susur Gajah
- 8) Pagar Sekolah
- 9) Pintu Kelas, Tandas
- 10) Gelanggang Bola Keranjang
- 11) Bilik Guru
- 12) Perpustakaan
- 13) Longkang/Perparitan
- 14) Makmal Sains
- 15) Makmal Komputer
- 16) Bangunan Sekolah
- 17) Bangunan Asrama
- 18) Mengecat Bangunan Sekolah
- 19) Kerusi/Meja
- 20) Saluran Paip Air
- 21) Pendawaian Elektrik
- 22) Tingkap
- 23) Lain-lain
Cara Permohonan
Untuk memohon, sila daftar akaun terlebih dahulu pada pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: https://ssipr.selangor.gov.my/pendidikan/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor
Tel: 03-55212279
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.