Bantuan Sebanyak RM350 untuk golongan bujang akan dilaksanakan pada bulan Jun ini dan bulan Julai.
Melalui intipati Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan sehingga RM388 bilion, terdapat Bantuan Khas RM350 khusus untuk semua golongan bujang, belia dan mahasiswa di seluruh negara.
Bantuan berjumlah RM350 ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan muda yang kini menghadapi situasi kos sara hidup dan kos pendidikan yang mencabar.
BANTUAN SEBANYAK RM350 UNTUK BUJANG
Bantuan sebanyak RM350 untuk bujang ini adalah jumlah bagi dua kategori bantuan kerajaan yang akan dilaksanakan pada bulan Jun dan Julai.
Berikut adalah bantuan-bantuan yang dilaksanakan khas untuk golongan bujang, mereka yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan tersebut.
BANTUAN E-DOMPET 2023
Untuk sedia maklum, pada sidang Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah memaklumkan bantuan (edompet) e-tunai belia rahmah RM200 akan dilancarkan pada bulan Jun. Syarat kelayakan penerima sebelum ini dimaklumkan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun.
Namun Perdana Menteri telah mengumumkan bahawan bantuan khas ini akan diperluaskan kepada kumpulan mahasiswa tanpa mengira had kelayakan umur. Bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan ini dengan kadar RM200 seorang.
Dijangka perlaksanaan bantuan edompet ini akan dijalankan seperti tahun lalu, dimana pemohon boleh tebus kredit percuma ini melalui aplikasi pilihan. Seperti Bigpay, Touch N Go ewallet, grabpay dan Shopeepay dan tarikh permohonan akan dikemaskini selepas pengumumkan dari kerajaan.
STR BUJANG FASA KETIGA 2023
Bagi pembayaran STR fasa ketiga kategori bujang akan dikreditkan dengan nilai RM350. Pemberian akan dijalankan secara berperingkat pada bulan depan (Julai).
Tarikh & Kadar Bayaran Bantuan Khas RM350
Untuk makluman anda, bantuan khas ini akan dikreditkan pada tarikh dan kadar yang berasingan iaitu bulan Jun dan Julai Tahun 2023.
Dalam sebuah program bersama masyarakat di Langkawi beberapa hari lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pengkreditan bayaran RM200 akan dilaksanakan pada Jun.
Manakala pengkreditan bayaran RM150 pula akan dikreditkan pada Julai berdasarkan kalendar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
- RM200 – Jun 2023
- RM150 – Julai 2023
Bayaran sebanyak RM150 akan dikreditkan khusus bagi golongan bujang berumur 21-59 tahun, manakala bayaran RM200 pula dikhususkan kepada golongan belia dan mahasiswa yang berkelayakan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Untuk menerima maklumat terkini boleh klik LINK BIRU dibawah ini.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.