Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan:
Bantuan Sara Hidup Untuk Veteran
Bantuan Sara Hidup (BSH) ini adalah sebuah bantuan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Bantuan ini diberikan secara bulanan sebanyak RM300 kepada veteran yang layak.
Objektif utama bantuan kewangan bulanan ini adalah untuk diberikan kepada Veteran ATM bagi meringankan beban sara hidup harian mereka. Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tigatahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.
Permohonan ini bagaimanapun akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut, bagi memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Syarat-syarat Kelayakan
- Veteran ATM (Tanpa mengira tempoh khidmat):
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Tidak diberhentikan di bawah kes tatatertib.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
Cara Memohon
Untuk mereka menepati syarat-syarat kelayakan BSH ini dan hendak membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan BSH secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan.
Ia seterusnya perlu dihantar ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran. Dimaklumkan bahawa permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan itu kemudiannya akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
Bagi info yang lebih teliti tentang BSH dan semakan kelulusan kepada yang telah memohon, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.