Sejak tahun 2022, kerajaan Malaysia telah melaksanakan satu inisiatif bantuan roadtax percuma. Pengumuman mengenai bantuan roadtax percuma ini telah dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2022 dan masih berkuat kuasa sehingga tahun 2024.
Insentif dan bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan kelompok yang memerlukan mendapat perhatian dan bantuan yang sesuai, dengan tujuan menghindari sebarang ketertinggalan dalam memenuhi keperluan asas kehidupan dalam era yang serba moden di kalangan rakyat Malaysia.
Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan rancangan insentif ini melalui Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
Table of Contents
Syarat Bantuan Roadtax Percuma
- Pemohon hendaklah mempunyai lesen memandu
- Individu OKU atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah pun berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
- Kenderaan tersebut hendaklah didaftar dan dilesenkan atas individu OKU yang memohon
- Kenderaan tersebut hendaklah yang telah diubahsuai mengikut kegunaan individu OKU
- Jika kereta belum diubahsuai, kenderaan mestilah pemasangan tempatan(CKD) dan kereta buatan tempatan sahaja
- Pengecualian juga buat kepada kenderaan yang didaftarkan kepada ibubapa, penjaga, pasangan individu OKU
- Hanya terpakai untuk 1 kereta dan 1 motor sahaja
Tarikh Permohonan Bantuan Roadtax Percuma
Permohonan dibuka sejak 15 Mac 2022 yang lalu dan pemohon yang layak untuk pengecualian cukai jalan OKU boleh mula memohon.
Info Penting :
Bagi mana-mana pemilik kenderaan yang layak untuk mendapatkan pengecualian cukai jalan tersebut dan telah memiliki lesen kenderaan motor sama ada baharu atau diperbaharui selepas 1 Januari 2022, iaitu sebelum tarikh permohonan bagi kedua-dua pengecualian itu dimulakan, anda boleh serahkan semula LKM anda ke kaunter JPJ dan berhak dibayar dengan rebat – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, petikan Sinar Harian dari sumber Bernama.
Cara Mohon Bantuan Roadtax Percuma
Pemohon hendaklah membuat permohonan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) bagi individu OKU yang pertama kali mendaftar dan bawa borang permohonan cukai jalan, dapatkan di sini.
Antara okumen yang perlu dibawa ketika berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) adalah :
1. Salinan asal kad OKU dan salinannya
2. Kad pengenalan beserta salinan
3. Salinan lesen memandu
4. Surat wakil dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter
Maklumat lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan terdekat anda atau Ibu Pejabat JPJ seperti di bawah:
Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
No. Telefon Umum : 03 8000 8000
No. Faks : 03 8881 0194
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.